Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Inai Dijarinya Masih Merah”- Isteri Baru Nikah 50 Hari Dijemput Ilahi Lepas Sejam Bantu Mangsa Kemalangan

mangsa kemalangan

Kisah mangsa kemalangan yang berlaku di Banggol Petai awal pagi Selasa, menyentuh hati ramai apabila seorang isteri yang baru sekitar 50 hari mendirikan rumah tangga maut, selepas kereta dipandu suaminya terbabit dalam nahas jalan raya.

Lebih memilukan, tragedi itu berlaku kurang sejam selepas pasangan tersebut membantu seorang penunggang motosikal yang cedera dalam kemalangan berhampiran KB Mall, Kota Bharu, lewat malam Isnin.

Baca juga: [VIDEO] Pilu Di Hari Bahagia..Ibu Pergi Pada Hari Lahir, Pengantin Akad Nikah Di Sisi Jenazah Undang Sebak

ISTERI DIJEMPUT ILAHI SELEPAS BANTU MANGSA KEMALANGAN

mangsa kemalangan

Gambar TikTok @kem4aabon2.

Mangsa, Siti Nurlieyana Azieka Rosli, 23, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit dalam sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama suaminya.

Tiba-tiba sebut tentang kematian

Suami mangsa, Mohd Khairil Akmal Md Rahim, berusia lingkungan 20-an, berkata arwah isterinya menunjukkan perubahan emosi sejurus selepas mereka membantu mangsa kemalangan di Kota Bharu.

Menurutnya, sekitar jam 11.40 malam, mereka berhenti untuk membantu mengalihkan mangsa serta mengawal lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Krai.

“Dalam perjalanan pulang, arwah tiba-tiba merengek meminta saya menunjukkan kasih sayang. Dia kemudian merajuk, menangis dan beberapa kali menyebut tentang kematian.

“Antara kata-katanya yang masih terngiang di telinga saya, dia berkata, ‘ke nak tunggu mati dulu baru nak tunjuk sayang’,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Machang di sini pada Selasa.

Tidak lama selepas itu, kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum isterinya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Saya terkedu. Saya masih tidak percaya kata-kata arwah seolah-olah menjadi petanda kepada apa yang berlaku,” katanya dengan nada sebak.

Baca juga: Mata Tiba-Tiba Sepet Selepas Beberapa Bulan Lahir, Rupanya Adam Hidap Kanser Saraf Tahap 4

mangsa kemalangan

Gambar TikTok @kem4aabon2.

Nahas berlaku sekitar 12.50 pagi

Menurut Mohd Khairil Akmal, sekitar jam 12.50 pagi ketika melalui kawasan Bukit Belah di Banggol Petai, kereta yang dipandunya dipercayai berpusing sebelum terbabas dan merempuh sebuah Mitsubishi Pajero.

“Sedar-sedar, isteri sudah bersandar pada saya. Ada darah keluar dari telinga dan hidungnya.

“Saya cuba menariknya keluar, tetapi dia tersepit,” katanya.

Mangsa kemalangan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala suaminya hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

Baru 50 hari bergelar isteri

Tambah Mohd Khairil Akmal yang bekerja sebagai pempengaruh di platform TikTok, mereka baharu kira-kira 50 hari mendirikan rumah tangga dan inai di jari isterinya masih merah.

Beberapa hari sebelum kejadian, arwah juga ada memuat naik status bernada sedih serta memohon maaf kepada ibunya.

“Hari lahir saya pada 7 Februari lalu, dia memuat naik status di WhatsApp sambil memanggil saya ‘daddy’,” katanya.

Pasangan tersebut bernikah pada 19 Disember tahun lalu selepas beberapa kali perancangan perkahwinan tertangguh akibat masalah kewangan.

Allahyarham Siti Nurlieyana Azieka Rosli merupakan seorang suri rumah dan anak kelima daripada lapan beradik.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chap, Bachok, di kampung halaman ibunya.

@kem4aabon2 tragedi yang takkan ku lupakan sampai bila2 , al fatihah isteriku , semoga tenang disana (gurauan menjadi kenyataan ) #fyp ♬ Harum Setangkai Doa – Inteam

Baca juga: Baru Jumpa Sekali Dah Rasa ‘Inilah Dia’… Betul Ke Jatuh Cinta Pandang Pertama Atau Mainan Hormon?

Sumber: Sinar Harian

FT Image: TikTok @kem4aabon2

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×