Euforia Bola 2026
Asuh

Kanak Kanak Lelaki 7 Tahun Kini Berkerusi Roda Selepas Dirempuh Kereta, Saraf Kaki Rosak 50 Peratus

kanak kanak lelaki

Seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa bergantung kepada kerusi roda selepas mengalami kerosakan saraf sebanyak 50 peratus pada kaki kanan akibat dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian pada 23 Mac ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Baca juga: Budak 2 Tahun Buka Pintu Kereta Secara Tiba-Tiba, Punca Kemalangan Enam Kenderaan..Child Lock Tak Diaktifkan!

KANAK KANAK LELAKI BERUSIA 7 TAHUN BERKERUSI RODA SELEPAS DILANGGAR

kanak kanak lelaki

Foto: Tiktok @tasyaintheewords_

Mangsa, Muhammad Daiyyan Syahid Roslan, dilaporkan mengalami kecederaan serius bermula dari bahagian lutut hingga ke jari kaki, sekali gus memerlukan pembedahan serta tempoh pemulihan yang panjang.

Menurut kakaknya, kejadian berlaku ketika adiknya sedang bermain bersama saudara-mara di hadapan rumah nenek mereka di Jerantut, Pahang, pada hari ketiga sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketika kejadian, ahli keluarga lain berada berhampiran sebelum terdengar jeritan kuat yang pada awalnya disangka sebagai gurauan.

Saya baru sahaja naik ke rumah nenek sebelum terdengar dua kali jeritan kuat. Apabila turun semula, saya melihat abang telah mengangkat adik dan membawanya masuk ke dalam rumah,” kata kakaknya.

Tambahnya lagi, abang mereka menyedari sebuah kenderaan jenis Proton Waja dipandu dalam keadaan laju sebelum melanggar mangsa.

Kenderaan tersebut merupakan kereta persendirian yang dipercayai dipandu oleh seorang anggota polis yang ketika itu bertugas dengan berpakaian preman.

Bagaimanapun, setakat ini hanya seorang daripada empat individu yang berada di dalam kenderaan tersebut tampil memohon maaf, manakala perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa masih belum diperoleh.

MANGSA TELAH MENJALANI PEMBEDAHAN

kanak kanak lelaki

Foto: Tiktok @tasyaainthewords_

Kini, mangsa telah menjalani pembedahan bagi membuang batu serta memperbaiki saraf yang rosak.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan patah tulang. Namun, saraf kaki kanan rosak sebanyak 50 peratus dan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.

“Doktor menjangkakan tempoh pemulihan mungkin mengambil masa sehingga dua tahun,” kata kakaknya itu lagi.

Dalam pada itu, keluarga mangsa difahamkan telah mendapatkan khidmat peguam dan kini sedang dalam proses mengumpul bukti bagi tindakan lanjut.

“Kes sedang dalam proses. Kami akan meneruskan tindakan sewajarnya,”

Kisah ini sekali lagi mengingatkan masyarakat tentang kepentingan pemanduan berhemah serta kepekaan terhadap keselamatan kanak-kanak, khususnya di kawasan perumahan.

@tasyaintheewords_Adik aku terseksa ya allah sakit menderitaa 😭 si langgar tu ,awak takda perasaan ke dia boleh cakap degan aku dn ibu ” nasib saya break , kalau saya tak break ” allah ada kau fikir perasaan ibu aku ? Yang kau langgar tu adik aku anak ibu aku 😭hari kejadian sahaja polis tu datang sekarang da hari ke 12 , takda sorg pn datang melawat 😭bukan tak redha tapi sakit setiap kali tengok dia menderitaa …. Untuk yang bertanya adik kenapa , adik saya kena langgar degan polis nakotik time tu dia main tepi rumah nenek depan rumah saya alang tu nak g beraya kejadian berlaku hari raya ke3 , jalan tu jalan kg muat sebijik kereta sahaja , tolong la lepas ni pandu berhati ii jalan kg tkperlu pun bawak laju satu kecuaian boleh ubah seluruh hidup manusia … luka kaki adik saya terlalu teruk dn dlam 50% saraf dia tkdpt diselamat kan ,Dr kata kemungkinan cacat kekal 😭♬ suara asli – Sister Smile🥀

Baca juga: Nahas Ngeri Di Kulim Korbankan Bapa & Dua Orang Anak, Disahkan Meninggal Di Tempat Kejadian

Sumber: Sinar Harian dan Tiktok @tasyaintheewords_

FT Images: Tiktok @tasyaintheewords_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×