Euforia Bola 2026
Didik

Tak Perlu Beratur Di Kantin, Murid SJKC ‘Order’ Makanan Guna Aplikasi, Terus Dihantar Ke Kelas!

murid sjkc

Isu kesesakan kantin sekolah setiap kali waktu rehat bukanlah perkara baharu. Ramai ibu bapa sering bimbang anak-anak terpaksa beratur panjang, berebut makanan dan kurang masa untuk berehat, namun, tidak bagi murid SJKC atau Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ini.

Sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) tampil dengan solusi moden yang membuatkan ramai teruja apabila semua makanan diuruskan secara digital!

Baca juga: Tip Persediaan Anak Masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Elak Rasa ‘Terkejut’

MURID SJKC BELI MAKANAN KANTIN MELALUI ‘APPS’, PESAN DAN MAKANAN DIHANTAR KE KELAS

murid sjkc

Foto: Threads

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang ibu berkongsi pengalaman anaknya yang kini tidak perlu lagi bersesak di kantin. Hal ini kerana, segala urusan pembelian makanan dilakukan hanya melalui aplikasi khas di telefon pintar.

Menurut wanita tersebut, sistem di sekolah anaknya itu sangat tersusun dan menjimatkan masa. Murid hanya perlu memilih menu, membuat bayaran dan menunggu pesanan dihantar terus ke kelas masing-masing.

“Beginilah budaya SJKC anak saya. Order makanan dalam apps, bayar. Nanti kantin akan delivery ke kelas masing-masing. Alhamdulillah, mudah urusan anak-anak di sini,” tulisnya ringkas.

Pendekatan ini bukan sahaja mengelakkan kesesakan di kantin, malah membantu murid memanfaatkan sepenuhnya waktu rehat untuk makan dengan tenang. Dari sudut kebersihan pula, risiko sentuhan dan kesesakan dapat dikurangkan kerana pergerakan murid lebih terkawal.

Menariknya, menu yang ditawarkan juga pelbagai dan seimbang. Ada ibu bapa berkongsi bahawa setiap hidangan turut disertakan buah-buahan seperti tembikai, menjadikan pemakanan murid lebih sihat dan terjaga.

Paling penting apabila ditanya tentang isu halal ke tidak, ibu ini memberitahu bahawa ada makanan yang kantin pesan dari vendor luar yang halal. Contohnya sushi, bento, roti dan waffle, semuanya ada cop halal JAKIM. Malah, tukang masak di kantin pula orang melayu dan ISLAM.

Netizen Yakin Yuran PIBG Mesti ‘Tip Top’!

murid sjkc

Walaupun ramai memuji inovasi ini, ruangan komen turut dibanjiri perbincangan hangat. Sebahagian netizen mengaitkan kejayaan sistem tersebut dengan kekuatan dana sekolah dan komitmen ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ramai berpendapat, kemudahan seperti ini hanya boleh dilaksanakan apabila ibu bapa memberi kerjasama penuh, termasuk membayar yuran sumbangan tanpa culas.

“Bila tengok sistem macam ni, kita dah boleh agak PIBG dia memang kuat. Ibu bapa bagi sokongan penuh, sekolah pun boleh buat inovasi,” komen seorang netizen.

“SJKC memang terkenal dengan pengurusan dana yang tersusun. Bila semua ‘on board’, anak-anak yang paling untung,” tambah seorang lagi.

Dalam perdebatan tersebut, tidak kurang juga yang menyuarakan harapan agar sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah lain dapat mencontohi model pengurusan ini pada masa hadapan. Penggunaan aplikasi bukan sekadar memudahkan murid, malah membantu pengusaha kantin mengurus pesanan dan stok dengan lebih tepat, sekali gus mengurangkan pembaziran makanan.

Persoalannya kini, adakah digitalisasi dan sokongan kewangan ibu bapa menjadi kunci utama kecemerlangan sesebuah sekolah? Dan adakah model seperti ini boleh diperluaskan ke lebih banyak sekolah di Malaysia?

Baca juga: Dari Tepi Padang Bersama Ayah, Kini Anak Sulung Zaquan Adha Melangkah Masuk Ke Akademi Mokhtar Dahari!

Sumber: Threads @shizukathalatha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×