Peningkatan bilangan murid Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada tahun-tahun kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ibu bapa dan penggiat pendidikan mengenai faktor di sebalik trend tersebut.
Perubahan ini menunjukkan bahawa semakin ramai keluarga bukan Cina memilih aliran pendidikan ini untuk anak-anak mereka, sekaligus menimbulkan perbincangan mengenai motivasi dan pertimbangan di sebalik pilihan sekolah.
KENAPA RAMAI MELAYU PILIH SJKC, INI ANTARA SEBAB UTAMA

Sekadar gambar hiasan
Berikut antara faktor utama:
1. Penguasaan Mandarin sebagai aset
Dalam era ekonomi global, China muncul sebagai kuasa besar di mana enguasai bahasa Mandarin kini dianggap sebagai “tiket emas” untuk peluang pekerjaan dan perniagaan antarabangsa. Ibu bapa melihat pembelajaran bahasa ini sejak kecil sebagai pelaburan jangka panjang untuk anak mereka.
2. Disiplin tinggi
SJKC terkenal dengan disiplin yang ketat dan kerja rumah yang banyak. Walaupun nampak membebankan, ramai ibu bapa percaya pendekatan ini dapat melatih ketahanan mental (resilience) dan menanamkan sikap rajin sejak usia muda.

Freepik
3. Kekuatan dalam subjek STEM
Asas Matematik dan Sains di sekolah aliran Cina sering dilihat lebih mantap dan tersusun, memberi kelebihan untuk anak-anak yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan sains kelak.
4. Fasiliti sekolah yang lengkap
Banyak SJKC mendapat sokongan daripada PIBG dan alumni. Dewan berhawa dingin, bilik darjah pintar (smart classroom), dan pelbagai kemudahan lain kini menjadi standard, sekaligus menarik minat ibu bapa untuk mendaftar anak mereka.
Selain itu, sekolah-sekolah ini turut menyesuaikan diri dengan keperluan murid Melayu. Kantin mesra halal dan kelas Fardu Ain (Pendidikan Islam) kini diuruskan dengan baik di kebanyakan SJKC, memastikan pendidikan agama dan budaya Islam tetap terjaga.
Bagi ramai ibu bapa, memilih SJKC bukan sekadar belajar bahasa baharu atau disiplin ketat tetapi satu bentuk pelaburan pendidikan.
Baca juga: Doa Untuk Anak Faham Ilmu Yang Rasulullah SAW Ajar, Baru Lebih Mudah ‘Masuk’ Ketika Di Sekolah
Sumber: TikTok Soulspark
