Sukarelawan Sumud Nusantara diperlukan bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0, di mana lebih daripada 100 buah bot akan digerakkan untuk menyampaikan bantuan kepada komuniti yang memerlukan.
Misi ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan dan menyokong komuniti yang memerlukan di pelbagai lokasi, sekali gus mengukuhkan semangat kemanusiaan global.
Baca juga: Kewarganegaraan Automatik Untuk Anak Lahir Di Luar Negara Bakal Berkuat Kuasa Jun Atau Julai 2026
SUKARELAWAN SUMUD NUSANTARA DIPERLUKAN, 4 BIDANG INI DIUTAMAKAN

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman berkaitan serta kelapangan masa, Sumud Nusantara amat mengalu-alukan penyertaan dalam pasukan sukarelawan mereka.
Kesempatan ini terbuka untuk mereka yang ingin menyumbang kemahiran teknikal atau kepimpinan dalam misi yang berimpak tinggi ini.
Pendaftaran untuk peserta umum akan dibuka tidak lama lagi dan mereka yang berminat digalakkan untuk mendaftar awal melalui pautan ini. (klik sini)
Sukarelawan Sumud Nusantara kini mencari beberapa posisi penting, termasuk:
- Mekanik
- Juruelektrik
- Kapten Kapal
- Kru Kapal Berpengalaman
Sealain memberi sumbangan nyata kepada misi kemanusiaan, penyertaan dalam Flotilla ini juga memberi peluang untuk membina pengalaman kerja dalam pasukan antarabangsa, mengasah kemahiran kepimpinan, serta memahami logistik operasi bot dan keselamatan laut.
Misi Global Sumud Flotilla 2.0 bukan sahaja tentang menghulurkan bantuan, tetapi juga tentang membentuk komuniti yang peduli dan bersatu. Sukarelawan yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada usaha besar yang memberi kesan positif kepada ramai individu dan komuniti yang memerlukan di peringkat global.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada misi ini, pastikan anda mendaftar apabila pendaftaran dibuka, bersedia memberi masa, tenaga, dan kemahiran, serta menyertai usaha kemanusiaan yang bermakna ini.
Baca juga: Shah Alam Jadi Ibu Negeri PALING MAHAL Untuk Didiami, Kos Sara Hidup Paling Tinggi!
Sumber: Facebook Sumud Nusantara
