Euforia Bola 2026
Famili

Suami Isteri Redah 300KM Dari Kulai ke KLIA, Demi Raih Kepulangan Aktivis Global Sumud Flotilla

Kepulangan aktivis GSF di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam mendapat sambutan ramai dan antara yang menarik perhatian apabila sepasang suami isteri yang datang sejauh 300 kilometer dari Kulai, Johor.

Nur Zulaikha Abdul Latif, 36, bersama suaminya, Muhd. Amin Ab. Rahim, 37, tiba di KLIA sekitar pukul 7 malam selepas memulakan perjalanan dari kediaman mereka kira-kira pukul 3 petang.

Baca juga: KPM Umum 72 Sekolah Akan Jalani PdPR, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober Ini

SAMBUT KEPULANGAN AKTIVIS GSF, PASANGAN SUAMI ISTERI REDAH 300KM

AKTIVIS GSF

Menurut Zulaikha, kehadiran mereka bukan disebabkan oleh hubungan kekeluargaan, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang ingin menyatakan sokongan terhadap para aktivis tersebut.

“Kami tiada pertalian darah dengan mana-mana aktivis, namun kami tetap hadir untuk memberi semangat dan sokongan atas usaha murni mereka dalam misi kemanusiaan ini.

“Saya mengikuti perkembangan misi ini sejak dari awal lagi, termasuk insiden penculikan aktivis oleh tentera Israel. Kejadian itu benar-benar menyentuh hati dan amat mengecewakan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Muhd. Amin mendedahkan bahawa isterinya begitu komited mengikuti perjalanan misi aktivis GSF sehingga pernah tertidur di depan komputer riba ketika mendapatkan maklumat terkini.

“Kami merancang untuk bermalam di Kuala Lumpur malam ini dan akan pulang semula ke Johor keesokan harinya,” ujarnya lagi.

Baca juga: Farah Lee Seru Rakyat Malaysia Pakai Tshirt Putih Sebagai Tudung, Tanda Solidariti Malam Ini Di KLIA

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×