Euforia Bola 2026
Famili

“Rindunya..”- Anak Kedua Dah Masuk Asrama TKC, Dr Sheikh Muszaphar Luah Perasaan Berat Lepaskan Tasha

anak kedua

Seperti kebanyakan ibu bapa, rasa sayu tidak dapat dielakkan apabila anak-anak mula melangkah ke sekolah berasrama. Bagi angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, perasaan itu turut sama berat apabila menghantar anak kedua ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya semalam, Dr Sheikh Muszaphar menzahirkan emosi bercampur baur ketika melihat Sophea Natasha atau Tasha, 13, mula menyesuaikan diri di asrama.

Baca juga: Hebatnya Kasih Sayang Ammar… Cucu Usia 10 Tahun Pujuk Atok Makan Ubat & Tadah Air Kencing Sentuh Hati Ramai

DR SHEIKH MUSZAPHAR SAYU HANTAR ANAK KEDUA MASUK TKC

anak kedua

Walaupun sedih, beliau dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos, sedar keputusan ini dibuat demi kebaikan masa depan puteri mereka.

“Gambar Tasha berangkat ke TKC. Rasa sedih pula melepaskan dia pergi demi kebaikannya sendiri,” tulis beliau sambil mengimbas pengalaman melepaskan anak sulung mereka, Bella, pada tahun 2024.

Sebagai bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dr Sheikh Muszaphar dan isteri sudah biasa dengan cabaran kehidupan berasrama, namun perasaan melepaskan anak tetap sukar.

“Tasha kelihatan sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kami mendoakan yang terbaik buatnya agar berjaya di dunia dan di akhirat,” tulisnya, sambil berjanji akan cuba melawat puteri mereka setiap hujung minggu.

Baca juga: Pengantin Dibungkus Seperti Hadiah, Adat Unik Kaum Bajau Keturunan Dayang Tarik Perhatian!

anak kedua

Sementara itu, perkongsian terbarunya memaparkan video suasana Tasha di asrama dan luahan hatinya berkenaan rindu yang tiba-tiba menerpa walaupun baru hari pertama. “It’s only been Day One. Tasha kat Asrama. Daddy dah rindu. Missing her truly,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar mengakui bahawa walaupun mempunyai tujuh anak, anak tetap anak, melepaskan anak untuk berdikari bukan mudah. Anak-anak memberi impak yang mendalam terhadap hati dan emosi ibu bapa, dari ketawa, tangisan hingga gelagat harian mereka.

Biarpun berat hati, Dr Sheikh Muszaphar menegaskan, kebahagiaan anak adalah keutamaan. “As a father, I am happy when my kids are happy,” tulisnya.

Pengalaman ini bukan sahaja mengingatkan ibu bapa bahawa proses melepaskan anak memerlukan kesabaran, tetapi juga mengajar mereka menghargai setiap detik kebersamaan sebelum anak mula berdikari.

Tasha kini memulakan babak baharu kehidupannya di asrama, sementara Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina terus mendoakan dan memberi sokongan penuh sambil menyesuaikan diri.

Baca juga: Hilang 6 Ahli Keluarga Di Sungai Korok, Putri Qisya Tunaikan Hasrat Arwah Ibu Bapa Terpilih Ke MRSM!

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar / drhalina

FT Image: Instagram drsheikhmuszaphar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×