Euforia Bola 2026
Nur

Doa Untuk Perut Kempis, Hati Tenang & Gula Tak ‘Mencanak’, Amalkan Setiap Hari InsyaAllah Menjadi!

doa untuk kurus

Berat badan susah turun, perut makin ke depan dan hati pula cepat resah. Dalam diam, ramai yang berusaha untuk jaga pemakanan, kira kalori dan cuba bersenam, malah ada juga yang cuba membaca doa untuk kurus sebagai salah satu cara pergantungan kepada Allah SWT.

Hakikatnya, kesihatan bukan sekadar soal fizikal. Semuanya bermula daripada ketenangan hati, kesabaran jiwa dan iman yang terpelihara. Jadi, berikut adalah antara doa yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar rohani agar tubuh lebih sihat, perut lebih kempis dan hati lebih tenang.

Baca juga: “Ikut Genetik Suami Tinggi Lampai, Bukan Tak Cukup Makan”- Mira Filzah Buka Mulut Isu Orang Cakap Anak Kurus

Doa Untuk Kurus: Perut Kempis, Hati Tenang & Kesihatan Terjaga

doa untuk kurus

Foto hiasan AI.

1. Doa daripada Al-Quran

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Rabbanaa afrigh ‘alainaa sabran wa tawaffanaa muslimeen

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas kami, dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (sebagai orang Islam).”

Doa ini bukan sekadar permohonan sabar menghadapi ujian hidup, malah sangat relevan dalam usaha menjaga kesihatan. Sabar melawan nafsu makan, sabar konsisten bersenam dan sabar menerima proses perubahan tubuh yang tidak berlaku sekelip mata.

2. Tambahan Doa Kesihatan Yang Boleh Diamalkan

Selain doa daripada Al-Quran, kita juga digalakkan berdoa dengan bahasa sendiri. Berikut antara doa yang boleh dibaca setiap hari sebagai ikhtiar menjaga kesihatan:

  • “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada diabetes, obesiti, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang degil, ya Allah..”
  • “Jadikanlah badan kami rajin bergerak, bukan rajin makan sahaja ya Allah. Biar kadar gula kami turun, berat kami pun turun, tetapi semangat kami jangan pula turun, ya Allah..”
  • “Tetapkanlah iman kami. Jika kurus dan sihat tidak membuat kami lupa kepada-Mu, ya Allah. Amin ya Rabbal ‘alamin..”

Doa-doa ini bukan sekadar menyentuh soal fizikal, tetapi juga mendidik hati agar tidak lalai ketika sihat dan tidak berputus asa ketika diuji dengan masalah kesihatan.

Kenapa Doa Ini Penting Dalam Usaha Jaga Kesihatan?

doa untuk kurus

Foto: freepik

Ramai ingin perut kempis, berat badan turun dan paras gula stabil. Namun tanpa doa dan kesabaran, usaha mudah terhenti di tengah jalan. Ternyata, doa ini membantu untuk:

  • Menenangkan hati dan emosi
  • Menguatkan disiplin diri
  • Membina kesedaran bahawa kesihatan adalah amanah
  • Mengelakkan rasa putus asa ketika berat badan sukar turun

Apabila hati tenang, keputusan yang dibuat juga lebih baik, termasuk pilihan makanan dan gaya hidup. Amalkan selepas solat, sebelum tidur atau ketika memulakan rutin harian.

*Ingatlah, berat badan idea itu bonus, sihat itu nikmat, tetapi iman yang terpelihara itulah tujuan utama. Semoga dengan doa dan usaha yang berterusan, tubuh menjadi lebih sihat, perut makin kempis dan hati sentiasa tenang mengingati Allah. Aamin…

Baca juga: Ramai Terkejut! Ini Sebab Hospital LARANG Pelawat Bawa Bunga Segar Untuk Pesakit Terutamanya Kanser

Sumber: Instagram @kumpulanmegaklinikzahran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×