Euforia Bola 2026
Inspirasi

Ayah, Mom & Uncle Ezwan Sama-Sama Hantar Engku Aleesya Ke Oxford, Bersatu Hati & Komunikasi Matang Jadi Contoh!

engku aleesya

Engku Aleesya sekali lagi mencuri perhatian apabila remaja itu berlepas ke Oxford, United Kingdom bagi mengikuti kursus jangka pendek hasil pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan IGCSE, sekali gus memperlihatkan keharmonian hubungan keluarga yang menjadi bualan warga maya.

Di mana, detik penuh makna itu dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca juga: Hafiz 30 Juzuk & 11A SPM, Muhammad Adam Tolak Tawaran Tajaan Belajar Yang Lain Demi Jadi ‘Pilot’

ERRA FAZIRA, ENGKU EMRAN & EZWAN ZAIN HANTAR ENGKU ALEESYA KE OXFORD

engku aleesya

Instagram @aintmeemrawnoon

Momen tersebut dikongsikan sendiri oleh Engku Emran menerusi hantaran di Instagram, memaparkan pertemuan beliau bersama pasangan pengantin baharu, Erra Fazira dan Muhammad Ezwan Zain.

Ketiga-tiga figura penting dalam kehidupan Aleesya itu hadir bersama-sama bagi menghantar remaja berkenaan memulakan fasa baharu dalam perjalanan akademiknya.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, Engku Emran turut mengalu-alukan kehadiran Ezwan sebagai ahli baharu dalam keluarga. Tanpa kata-kata berlebihan, sekeping foto bergambar bersama sudah cukup menggambarkan penerimaan dan kematangan hubungan demi kebahagiaan anak perempuan mereka.

“Selamat datang ke dalam keluarga, Mr E! Akhirnya dapat juga bertemu dengan bapa tiri Aleesya. Aleesya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus jangka pendek di Oxford, United Kingdom hasil pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan IGCSE.

“Jadi, kami bertiga menghantarnya berlepas di KLIA pagi semalam,” tulis Engku Emran, sekali gus menjawab persoalan ramai mengenai kehadiran mereka bersama.

Baca juga: Dr. Mohd Fadzilah Kamsah Raih Ijazah Doktor Kehormat Pendidikan Pengembangan, Pengiktirafan 5 Dekad Dedikasi Ilmu

engku aleesya

Instagram @aintmeemrawnoon

Tawaran ke Oxford itu menjadi satu kebanggaan besar buat Erra Fazira sebagai ibu, yang sentiasa menyokong perjalanan pendidikan anaknya, selain Engku Emran sebagai bapa yang konsisten memberi dorongan dalam setiap langkah Aleesya.

Kehadiran Ezwan pula dilihat sebagai simbol sokongan dalam fasa baharu kehidupan remaja tersebut.

Situasi di KLIA pada pagi itu mencerminkan sebuah keluarga moden yang dibina atas asas komunikasi matang dan saling menghormati. Walaupun melalui laluan hidup yang berbeza, mereka memilih untuk bersatu hati demi kepentingan dan masa depan anak.

Realiti ini bukan sekadar tentang seorang anak yang terbang jauh mengejar ilmu, tetapi juga tentang keindahan nilai kekeluargaan. Ia menjadi contoh bahawa kasih sayang tidak terputus oleh perubahan, sebaliknya terus subur apabila kepentingan anak diletakkan sebagai keutamaan.

Baca juga: Aiman Ridhwan Juara Qira’at Antarabangsa, Harumkan Malaysia Dengan Ungguli 37 Negara Islam Lain!

Sumber: Instagram @aintmeemrawnoon

FT Image: Instagram @aintmeemrawnoon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×