“Alhamdullillah Erra Fazira kahwin!”– netizen.
Siapa sangka, ulang tahun kelahiran ke-51 Erra Fazira tahun ini menjadi detik paling bermakna dalam hidupnya. Primadona kesayangan Malaysia itu selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain, dengan mas kahwin 24 dinar emas di sebuah majlis pernikahan ‘outdoor’ yang eksklusif namun sarat dengan rasa syukur.
Baca juga: Kad Kahwin Tahun 1963 Kembali Viral, Siap Letak Pekerjaan Pengantin Supaya Orang Ramai Tahu!
ERRA FAZIRA KAHWIN DENGAN ‘MR E’ EZWAN ISMAIL: MAJLIS NIKAH YANG SANGAT MANIS!

Sah jadi suami isteri!
Pasangan pengantin yang mengenakan busana berwarna biru dan bertempat di di Shah Alam, Selangor, suasana majlis berlangsung cukup tenang dan penuh magis. Kehadiran ahli keluarga terdekat, sahabat rapat serta rakan-rakan media, menjadikan momen itu lebih intim dan istimewa, persis perkahwinan impian bak puteri raja.

Erra Fazira mendedahkan dia dan pasangannya mahu membuat kelainan pada majlis perkahwinan mereka dengan tidak membawa dulang hantaran kerana inginkan sesuatu yang lebih ringkas dan praktikal memandangkan masa untuk membuat persiapan agak suntuk. Jelasnya, satu dulang besar atau disebut sebagai talam sudah memadai untuk memuatkan semua barang hantaran.

Foto: Talam atau dulang hantaran seperti yang diberitahu Erra.
Lebih menyentuh jiwa orang ramai apabila Ezwan Zain berjalan diiringi oleh puteri perempuannya, Dania Sofia dan Erra Fazira juga diiringi oleh anak perempuan tersayang, Engku Aleesya.
Imbas semula, hubungan Erra dan Ezwan mula dihidu umum selepas pelakon itu memuat naik ucapan berbaur romantis kepada lelaki berkenaan pada Januari lalu.

Foto: Ezwan semasa diiringi oleh anak perempuan.

Foto: Erra Fazira semasa diiringi oleh anak perempuan.
Erra Fazira dan Ezwan turut berkongsi detik perkenalan mereka menerusi podcast Kasi Onz minggu lepas dan Ezwan Zain mendedahkan pengalaman uniknya bergayut telefon selama enam jam Erra. Mereka mula berkenalan pada tahun 2022 di konti Sinar FM.

Erra pernah berkahwin dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16.
Sebelum itu, Erra turut melalui episod perkahwinan dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun perkahwinan mereka berakhir pada 2006 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Manala Ezwan juga pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan.
Baca juga: Dah Bosan Panggil Suami ‘Sayang’? Ini Nama Panggilan Manja Dalam 10 Bahasa Bikin Hati Cair!
Sumber: Youtube KasiOnz
