Euforia Bola 2026
Inspirasi

Erra Fazira Bangga Anak Terbit Buku Pertama Inspirasi Kisah Fatimah Az-Zahra, Engku Emran Luah Rasa Syukur

erra fazira

Anak tunggal Erra Fazira iaitu Engku Aleesya, menyerlahkan bakat kreatifnya apabila telah menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris. Di mana, ia menandakan langkah pertama remaja berusia 16 tahun itu dalam dunia penulisan.

Menerusi Instagram ibunya, Aleesya memperkenalkan karya terbarunya dengan penuh ceria.

Baca juga: Bayi Baru 30 Hari Ikut Pergi Konvo, Raikan Kejayaan Ibunya Rangkul 2 Anugerah Tertinggi UniSZA!

ENGKU ALEESYA, ANAK ERRA FAZIRA TERBIT BUKU PERTAMA!

erra fazira

Instagram Engku Imran.

“Hai, Assalamualaikum semua. Nama saya Aleesya dan jika anda tidak tahu, saya baru sahaja menerbitkan sebuah buku Little Nina and the Virtues of Fatimah Azahra,” kongsi Aleesya sambil membalik helaian buku berwarna-warni dalam video yang dikongsi.

Erra tidak dapat menyembunyikan rasa gembira melihat anaknya semakin menyerlah dengan kreativiti sendiri.

“Saya sangat bangga dengan kamu, anak. Ini baru permulaan dan saya tahu kamu akan lakukan yang terbaik! Kalian jom sama-sama sokong anakanda Aleesya, okey? Sokongan kalian amat bermakna buat kami sekeluarga,” titip Erra di ruangan kapsyen.

Sementara itu, bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi pengalaman membesarkan Aleesya selepas mereka berpisah pada Februari 2014.

“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk membesarkan, menyediakan keperluan, menjaga dan melindungi satu-satunya anak kami sebaik mungkin.

“Ibunya dan saya sedar sejak awal lagi bahawa perjalanan membesar bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila sentiasa menjadi perhatian umum,” katanya.

erra fazira

Buku yang ditulis Engku Aleesya.

Engku Emran menambah bahawa walaupun melalui banyak detik indah dan cabaran, mereka berjaya mengetepikan perbezaan demi Aleesya.

“Namun Alhamdulillah, selama 11 tahun kami berjaya mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjadi ibu bapa yang Aleesya perlukan,” titipnya.

Beliau turut menitipkan nasihat kepada pasangan suami isteri agar sentiasa berusaha memperteguh ikatan demi anak:

“Jika anda sudah mempunyai anak bersama pasangan, apa jua yang mendatang, pertahankanlah perkahwinan anda dengan sepenuh jiwa raga sebelum anda akhirnya mengalah.

“Aleesya, kamu tahu betapa saya menyayangimu. Saya beritahu kamu setiap malam, setiap pagi, dan setiap kali selepas kita solat bersama.
Setinggi-tinggi tahniah atas kelahiran buku pertamamu. Teruskan menulis, sayang, kerana saya tahu ia sudah pun berakar dalam hati dan jiwamu,” katanya di Instagramnya sendiri.

Baca juga: Pemain Catur Muda Malaysia Juara Di Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Asia Ke-19, Tewaskan Peserta 16 Negara!

Selain menulis, Aleesya turut menunjukkan kecemerlangan akademik apabila meraih gred A+ dalam First English Language, Matematik, Fizik dan A bagi Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia serta Psikologi dalam peperiksaan IGCSE.

Remaja ini dijangka melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level tidak lama lagi, membuktikan kombinasi beauty with brain yang dikagumi ramai.

Sebagai rekod, Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada Februari 2014, namun selepas itu mereka masih terus bekerjasama membesarkan Aleesya dengan penuh kasih sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Baca juga: Kekurangan Tak Halang Zulfaqar Aslam Genggam Ijazah, Pempengaruh OKU Ini Kini Bergelar Graduan UniSZA

Sumber: Instagram @errafazira @aintmeemrawnoon

FT Image: Instagram @errafazira & @aintmeemrawnoon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×