Nama Ezwan Zain bukan lagi asing dalam kalangan warga Lembah Klang yang merupakan peminat kuih-muih di Kueh Cafe. Tambah pula selepas hubungan istimewanya dengan primadona negara, Erra Fazira, menjadi bualan hangat.
Di sebalik wajah tenang dan personaliti merendah diri, Ezwan sebenarnya seorang usahawan serba boleh yang mempunyai latar belakang kerjaya cukup mengagumkan.
SIAPA GERANGAN EZWAN ZAIN PEMILIK HATI PRIMADONA NEGARA, ERRA FAZIRA?

Foto: FB Ezwan Zain
- Nama penuh: Mohamad Ezwan bin Mohamad Zain
- Nama panggilan: Ezwan Zain, Mr E
- Umur: 44 tahun (2025)
- Asal: Selangor
- Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Mechatronics & Robotics
- Pekerjaan: Usahawan dan pengasas rangkaian Kueh Cafe
Anak sulung daripada tiga beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang menekankan disiplin dan kerja keras. Bapanya pernah berkhidmat sebagai penjawat awam, manakala ibunya pula bekerja dalam sektor perbankan. Nilai inilah yang membentuk karakter Ezwan sebagai seorang yang tekun, berprinsip dan fokus dalam mencapai kejayaan.
Sebelum bertemu jodoh dengan Erra Fazira, Ezwan pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan. Namun perkahwinan itu tidak bertahan, dan beliau melalui tempoh lapan tahun sebagai duda sebelum dipertemukan dengan pasangan hidup yang baru.
Kerjaya: Dari Jurutera Ke Dunia Keusahawanan, Kueh Cafe

Foto: IG @ezwanzain
Kerjaya awal Ezwan bermula dalam industri minyak dan gas sebagai jurutera. Bidang teknikal itu memberi pengalaman luas serta disiplin tinggi dalam pengurusan projek. Namun minat beliau terhadap dunia perniagaan semakin kuat, membuatkan Ezwan berani mengambil langkah besar iaitu berhenti kerja dan memberi sepenuh fokus kepada keusahawanan.
Sebelum berjaya membina empayar sendiri, Ezwan telah mencuba pelbagai jenis perniagaan kecil. Daripada percubaan-percubaan itulah beliau belajar selok-belok pengurusan, pemasaran, operasi dan strategi perniagaan.
Pada 2015, Ezwan menubuhkan Kueh Cafe, sebuah kafe yang menampilkan kuih tradisional, kek buatan sendiri dan kopi berkualiti sebagai tarikan utama. Dalam masa sembilan tahun, Kueh Cafe menjadi destinasi popular bukan saja di Lembah Klang, malah dikunjungi pelanggan dari seluruh negara.
Sentuhan kreatifnya dalam mengekalkan identiti kuih tempatan sambil memberikan pengalaman moden menjadikan nama Ezwan semakin kukuh sebagai usahawan F&B yang berjaya.

Foto: IG @ezwanzain
*Tanggal istimewa 12 Disember 2025 menjadi saksi penyatuan dua hati apabila Erra Fazira selamat diijabkabulkan dengan Ezwan Zain dalam majlis pernikahan serba eksklusif berkonsepkan ‘outdoor’.
Dengan mas kahwin 24 dinar emas, majlis yang sederhana namun penuh rasa syukur itu diraikan dalam suasana indah dan intim, sepadan dengan personaliti mereka berdua. Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu!
Baca juga: Kad Kahwin Tahun 1963 Kembali Viral, Siap Letak Pekerjaan Pengantin Supaya Orang Ramai Tahu!
Sumber: Facebook Ezwan Zain, Instagram @ezwanzain
