Euforia Bola 2026
40 Minggu

Tragis! Wanita Maut Selepas 6 Hari Bersalin, Gara-Gara Duduk Lama Di Salon Rambut

salon rambut

Satu kisah yang didedahkan oleh Dr Christable mengenai seorang wanita pergi ke salon rambut selepas bersalin, wajar dijadikan peringatan kepada semua ibu dalam tempoh berpantang. Walaupun ada yang berasa diri masih kuat selepas melahirkan, tubuh sebenarnya sedang melalui fasa pemulihan besar.

Dalam keadaan organ dalaman masih lemah, penggunaan tenaga berlebihan atau duduk terlalu lama boleh mengundang risiko kesihatan yang serius.

Baca juga: Trend Bersalin Czer Kian Meningkat, Pakar Dedah Ada Kesan Pada Imun & Perkembangan Anak

WANITA BERPANTANG MAUT DUDUK LAMA DI SALON RAMBUT

salon rambut

Gambar hiasan penulis.

Seorang wanita yang merahsiakan kehamilannya dilaporkan selamat melahirkan bayi kira-kira enam hari sebelum kejadian. Dalam keinginan mahu kelihatan lebih segar sebelum berjumpa keluarga mertua, dia membuat keputusan untuk ke salon bagi mencuci dan mendandan rambut.

Niatnya sekadar mahu tampil kemas walaupun masih dalam tempoh berpantang.

Proses rawatan rambut berjalan seperti biasa termasuk mencuci, mengeringkan dan blow-dry. Namun, ketika sesi pengeringan rambut sedang dilakukan, wanita tersebut tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan, dia dipercayai duduk terlalu lama sehingga menyebabkan darah beku pada bahagian kaki bergerak ke paru-paru. Keadaan ini seterusnya menghentikan bekalan oksigen dalam masa sangat singkat. Situasi tersebut dikenali sebagai embolisme pulmonari.

Menurut Dr Christable, wanita dalam tempoh selepas bersalin memang lebih mudah mengalami pembentukan darah beku.

Lebih memburukkan keadaan, haba panas daripada alat pengering rambut atau air panas ketika mencuci rambut boleh menyebabkan pembuluh darah mengembang, meningkatkan lagi risiko darah beku bergerak ke organ penting.

Bagi mengurangkan risiko embolisme pulmonari, doktor menyarankan agar individu bangun dan bergerak kecil setiap satu hingga dua jam. Ibu dalam pantang khususnya perlu lebih berhati-hati dan mengelakkan duduk terlalu lama tanpa rehat atau pergerakan.

Kisah ini menjadi peringatan kuat bahawa penjagaan selepas bersalin bukan sekadar soal pantang makan, tetapi juga melibatkan keselamatan tubuh secara keseluruhan. Jika tubuh belum pulih sepenuhnya, berehatlah dan elakkan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada badan.

Baca juga: Isteri Shah Iskandar Terpaksa Gugur Kandungan 16 Minggu, Bayi Hidap Sindrom Edwards “Anak Syurga, Jumpa Di Jannah”

salon rambut

Gambar tangkap layar di Instagram @drbelswellness yang berkongsi kisah wanita yang baru bersalin 6 hari didapati maut selepas duduk lama di salon rambut.

Tips elak darah beku selepas bersalin (Postpartum Blood Clots)

  1. Mula bergerak sebaik sahaja selamat – Jalan perlahan membantu melancarkan peredaran darah.
  2. Jangan duduk terlalu lama – Tukar posisi setiap 1–2 jam.
  3. Minum air secukupnya – Darah pekat lebih mudah membentuk darah beku.
  4. Guna stoking tekanan (compression stockings) jika disarankan doktor – Terutamanya bagi ibu yang melalui pembedahan C-Section.
  5. Peka pada tanda amaran – Kaki bengkak, sakit dada atau sesak nafas secara tiba-tiba.
  6. Kenal pasti risiko diri – C-Section, obesiti, sejarah keluarga atau rehat di katil terlalu lama.
  7. Tanya doktor tentang ubat cair darah – Jika anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.
  8. Elakkan pergi salon terlalu awal selepas bersalin –  Jika perlu juga pergi, pastikan anda ambil rehat, berdiri dan gerakkan kaki setiap 20 minit, kekalkan hidrasi dan elakkan duduk lama terdedah kepada haba atau posisi kepala menunduk terlalu lama.

Baca juga: Ibu Bapa Arwah Bayi Al Fateh Dapat Zuriat Kembar 3, Sultan Pahang & Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Tahniah

Sumber: Instagram @drbelswellness

FT Image: Penulis / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×