Dalam tempoh berpantang, kebanyakan ibu akan lebih fokus kepada makanan berpantang sahaja. Sedangkan, minuman untuk ibu berpantang juga penting!
Hal ini kerana, pengambilan air tanpa had dapat membantu penghasilan susu dalam badan. Jadi, selain air kosong sebenarnya ada juga beberapa minuman berpantang lain yang boleh diminum seperti perkongsian Aisyah Othaman di bawah.
Baca juga: Kecoh Satu Hospital Lahirnya Bayi 4.8kg & Pecah Rekod, Ya Allah Gebunya Dia!
MINUMAN UNTUK IBU BERPANTANG

Gambar: Rose bud (kiri) dan Mamadil nestum (kanan). – Aisyah Othaman
Melalui perkongsian Aisyah Othaman, tiap satu minuman berpantang yang diamalkannya itu mempunyai kebaikannya tersendiri. Antara kebaikannya adalah dapat memperbanyakkan susu badan ibu.
Nak tahu apa lagi jenis minuman yang diamalkan Aisyah, mari baca perkongsiannya.
Baca juga: Ibu Jangan Dibiarkan Sahaja Diri Dikritik Ibu Lain! Ini 6 Cara Atasi ‘Mom Shaming’
Antara minuman masa pantang:
- Air daun mulberi – banyakkan susu
- Air halba – banyakkan susu
- Air telang – kuatkan rambut (perasan dalam pantang memang tak ada langsung rambut gugur)
- Air rose bud – untuk sentiasa rasa tenang
- Air laicikang – banyakkan susu
- Air herba – keluarkan angin dalam badan
Selain itu ada minum:
- Air limau kasturi – hilangkan bau badan selain luka lagi cepat sembuh (dengar di IKIM limau kasturi adalah limau paling bagus antara semua limau – kajian penceramah itu)
- Jus asam kunyit– untuk dalaman (sedap betul tukang urut bekalkan)
- Air limau nipis
- Air fresh oren pegaga
- Sunquick oren
- Sunquick anggur
- Air suam
- Susu kambing mamadil – vanilla, coklat, strawberi
Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!
Baca juga: Ibu Usia 50 Selamat Lahir Anak Selepas 22 Tahun Penantian, Anugerah Tak Terucap!
GAMBAR MINUMAN BERPANTANG BERSAMA TIPS!

Gambar: Pucuk-pucuk mulberi yang cuma perlu direndam dalam air panas dan diminum bila suam. – Aisyah Othaman

Gambar: Halba dalam setengah sudu dan minum sekali-sekala sebab kalau diminum banyak boleh mengurangkan susu. – Aisyah Othaman

Gambar: Boleh guna telang segar atau kering yang direndam dalam air betul-betul panas. Nak masukkan perahan lemon dan madu pun boleh. – Aisyah Othaman

Gambar: Laicikang yang mempunyai buah kurma merah, longan kering, rose bud, gula batu, gula melaka, barli dan lain-lain. – Aisyah Othaman

Gambar: Air rebusan pelbagai herba Anna Kay pakar remedi ibu anak 7 yang kurus buatkan. Ada halba, serai, kunyit, halia, pandan, gula melaka ke apong entahnya. – Aisyah Othaman
Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!
Sumber: Aisyah Othaman
FT Image: Aisyah Othaman
