Topik minum air sejuk selepas bersalin sering menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat kita. Ada yang percaya bahawa ia boleh menyebabkan rahim jatuh, badan masuk angin atau mengganggu proses pemulihan ibu.
Namun, menurut pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr. Amalina Bakri, kepercayaan ini hanyalah mitos yang tidak disokong oleh bukti saintifik.
Baca juga: 1 Bahan Yang Ada Dalam ‘Skincare’ Ini Punca Bayi Lahir Cacat, Ibu Hamil Wajib Tahu!
BERPANTANG MINUM AIR SEJUK BOLEH KE?
Dalam satu perkongsian di laman Instagram beliau, Dr. Amalina menegaskan bahawa tiada kaitan antara pengambilan air sejuk dan masalah rahim jatuh atau masuk angin.
“Medically? Itu tidak betul. Tiada bukti saintifik yang kata air sejuk bahaya untuk ibu lepas bersalin,” jelasnya dalam sebuah video pendek yang kini meraih perhatian ramai.
Beliau turut menyatakan bahawa keutamaan selepas bersalin adalah hidrasi, bukan suhu air.
“Apa yang penting ialah hydrasi untuk tenaga, susu badan dan pemulihan luka,” tambahnya.
Menurut beliau, air yang diminum sama ada sejuk atau suam akan berubah mengikut suhu badan sebaik sahaja dimasukkan ke dalam sistem tubuh.
Membidas mitos yang masih berakar umbi dalam budaya tempatan, Dr. Amalina turut berkongsi pengalaman peribadi,
“Saya pun minum air sejuk selepas bersalin. And guess what? My uterus is still exactly where it should be.”
Baca juga: Detik Cemas Di 1 Syawal, Bapa Tenang Jadi Bidan Terjun Sambut Anak Lahir Dalam Kereta

Instagram Dr. Amalina Bakri
Walaupun menghormati adat dan budaya, beliau menyeru agar masyarakat menggabungkan kepercayaan tradisional dengan ilmu perubatan moden.
“Hormati budaya tapi jangan takut ilmu. To all mummies, minum apa yang buat anda rasa baik. Dengar kata doktor bukan mitos,” pesan beliau penuh yakin.
Kesimpulannya, ibu-ibu yang baru melahirkan tidak perlu takut untuk minum air sejuk. Paling paling ialah memastikan tubuh kekal terhidrat agar proses penyembuhan berjalan lancar.
Hormati tradisi, namun jangan abaikan fakta perubatan yang sahih.
Lihat siaran ini di Instagram
Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!
Sumber: Instagram @dramalinabakri
FT Image: AI

