Banyak perkara yang perlu dilalui oleh insan bernama wanita semasa tempoh berpantang selepas melahirkan bayi. Perkara ini termasuklah hal yang boleh buat tubuh merinding seperti mendengar bisikan iblis melalui suara halus yang didengari.
Ia merupakan situasi berbahaya kepada ibu berpantang yang ditinggalkan bersendirian bersama bayinya, sebagaimana didedahkan oleh seorang tukang urut wanita yang dikenali sebagai Aliza Iman.
Baca juga: Bayi Kongsi Tarikh Lahir Sama Maryam, Pasangan ‘Durian Kimchi’ Selamat Timang Anak Kedua!
BISIKAN IBLIS KEPADA IBU BERPANTANG MELALUI SUARA HALUS

Gambar: TikTok @aliza_iman_
Aliza di Tiktok menceritakan, sewaktu dia selesai mengurut pelanggannya yang merupakan wanita berpantang, dia telah ditahan dari terus pulang.
Wanita berpantang itu menggenggam tangan Aliza dalam keadaan mata berair seperti ingin menyampaikan sesuatu.
“Kak…saya takut. Saya ini berpantang seorang dengan 2 lagi anak kecil. Dah dua malam saya dengar suara bisikkan supaya saya tinggalkan anak saya…” dedah Aliza.
Menurutnya, aduan sebegitu telah beberapa kali diterimanya sepanjang dia mengurut wanita berpantang.
Di akhir video, Aliza turut mendoakan agar wanita yang bakal dan sedang berpantang dipermudahkan urusan agar dijauhi dari perkara yang tidak diingini.
Baca juga: Wanita Ada Sejarah Bersalin Czer 5x, Kini Suami Kedua ‘Demand’ Nak 3 Anak Lagi!
Perkongsian para ibu yang pernah berpantang dan mendengar bisikan halus

Gambar hiasan: Harian Metro
Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan wanita yang pernah berpantang bersependapat dengan pendedahan tersebut.
Di mana, pelbagai cerita mengenai terdengar bisikan halus yang meminta mereka membuat sesuatu yang kejam kepada bayi masing-masing seperti dikongsikan di bawah. Antaranya:
“Saya pernah lalui masa anak ke-3. Tengok pisau, tengok gunting rasa lain macam. Kuatkan hati lawan benda-benda itu. Akhirnya minta tolong suami, terus rukyahkan saya.
“Mula-mula 2 minggu ada mak mentua, lepas dia balik macam-macam saya dengar dalam otak ini berbisik-bisik. Dia cakap anak saya hodoh, tapi saya lawan semula.
“Saya pun lalui, jadi takut tengok gunting sebab macam nak suruh tikam anak saya. Saya nampak macam ada perempuan dalam tandas, saya dengar bisikan. Akhirnya, saya bagitahu keluarga minta pertolongan.”
“Suara bisikan datang suruh saya cekik bayi saya yang tengah menangis. Bila saya sedar, saya terus istighfar.
“Berpantang dulu saya bukan dengar bisikan tapi suara ‘tak apa biar saya jaga anak awak’ pada waktu malam tengah susukan bayi,” tulis para pengguna TikTok.
Baca juga: Kerap Amalkan Air Zamzam, Penantian 20 Tahun Suami Isteri Berakhir Selamat Timang Zuriat Sulung!
Wanita berpantang tak boleh duduk seorang bersama bayinya
Selain itu, seorang wanita menjelaskan bahawa situasi merinding tersebut selalu terjadi kepada ibu berpantang. Hal ini kerana, ibu dalam tempoh berpantang berada dalam keadaan kotor yang menyebabkan mahluk halus suka datang mengganggu.
Disebabkan itu, ibu berpantang perlu berteman dan tidak boleh duduk di dalam bilik berseorangan bersama bayinya.
Baca juga: Siapa Paling Berisiko SIDS (Bayi Mati Mengejut), Alert Dengan 7 Senarai Ini Dan Sila Take Note!
Sumber: TikTok @aliza_iman_
FT Image: Awani
