Euforia Bola 2026
Nur

“Jauh Menyimpang Dah Ni,” PU Amin Luah Kebimbangan Trend Minta ‘Gift’ Sambil Ngaji Di Media Sosial

trend minta gift

Perkongsian tentang trend minta gift ketika menggunakan ayat suci di TikTok kini menjadi perhatian ramai, khususnya selepas ditegur oleh pendakwah dan personaliti media sosial, PU Amin.

Menerusi hantaran di platform Threads, beliau menegur tindakan segelintir pengguna TikTok yang merayu sumbangan atau virtual gift dengan menyelitkan ayat berbentuk keagamaan, termasuk bacaan doa dan ayat suci untuk memancing perhatian penonton.

Baca juga:  Jangan Panik Bila Tiada Air Di Mina, Ini 10 Tips ‘Survival’ Isu Tandas & Taharah Buat Bakal Haji

TREND MINTA GIFT DI TIKTOK SAMBIL NGAJI

trend minta gift

PU Amin menyatakan rasa kurang senang apabila perbuatan tersebut dilihat sudah jauh tersasar daripada tujuan sebenar penggunaan ayat-ayat suci itu sendiri.

“Jangan support geng merayu gift TikTok dengan cara guna jalan agama, baca ayat baca doa mintak gift, kotor betul cara begitu, jangan normalisasikan perkara buruk seperti ini. Nak tahlil kena bagi topi satu. Jauh menyimpang dah ni,” itu antara inti pati teguran belia.

Menurutnya, menggunakan agama sebagai ‘alat’ untuk mendapatkan sumbangan bukan sahaja kurang sesuai, malah boleh menyebabkan masyarakat tersalah faham terhadap fungsi ibadah dan ritual keagamaan.

Baca juga: Larangan Mainkan Audio Zikir & Selawat Semasa Bersenam, Tapi Boleh Buka Muzik Islamik Jenis INI

Teguran PU Amin turut disambut ramai warga maya, dengan rata-rata pengguna media sosial bersetuju bahawa trend tersebut berpotensi menjejaskan imej agama, selain menimbulkan tanggapan negatif terhadap golongan pendakwah dan penyampai ilmu agama.

Sebelum ini juga, beliau pernah beberapa kali mengkritik kandungan keagamaan yang disalahgunakan untuk mengejar tontonan serta keuntungan di platform digital.

trend minta gift

Sekadar gambar hiasan yang ditangkap layar dan artikel tiada kaitan dengan pemilik LIVE di TikTok.

Baca juga: Rahsia Zikir Dengan Ruas Jari, Sunnah Kecil Tapi Besar Nilai Di Sisi-Nya & Jadi Saksi Kita Di Akhirat!

Sumber: Threads @pencetusummah_amin

FT Image: Harakah Daily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×