Fenomena PK Battle kini menjadi salah satu trend paling hangat di TikTok, terutama dalam kalangan generasi muda. PK Battle, singkatan kepada Player Knockout Battle, merujuk kepada pertandingan siaran langsung antara dua pengguna TikTok yang bersaing untuk mengumpul hadiah digital daripada penonton.
Nampak seperti hiburan biasa, namun di sebalik keseronokan itu tersembunyi pelbagai kebimbangan moral, kewangan dan psikologi yang mula mencetuskan perdebatan dalam masyarakat.
Baca juga: Hanya Berbeza Cara Masak Nasi, Ipar Duai Bermasam Muka Sampai Nak Runtuh Rumah Tangga
PK BATTLE BUAT REMAJA HABISKAN DUIT DEMI RANKING

Gambar Google
PK Battle memberi ruang kepada kreator bersaing secara kreatif. Di mana, ada yang menari, menyanyi, berlawak atau sekadar berbual santai sambil mengharapkan sokongan penonton.
Hadiah digital yang dikumpulkan boleh ditukar kepada wang tunai, menjadikan trend ini tarikan utama untuk mencari pendapatan segera.
Namun, demi meraih perhatian, ada pengguna sanggup berpakaian seksi, melakukan aksi tidak bermoral atau merendahkan maruah diri semata-mata untuk menang. Malah, budaya ini dikatakan mendorong wujudnya elemen buli siber secara terbuka.
Baca juga: Keluarga Allahyarham Nurly Mahu Berehat, Tak Terima Tetamu Hingga 5 Julai!

Gambar Google
Menyedari kebimbangan ini, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pihak TikTok untuk memberikan penjelasan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan langkah itu diambil selepas ramai bimbang remaja sanggup berbelanja besar hanya untuk menghantar hadiah maya kepada kreator kegemaran.
Beliau menegaskan bahawa walaupun PK Battle tidak melanggar undang-undang secara langsung, ia boleh menjerumuskan golongan muda kepada masalah kewangan, ketagihan bersaing serta risiko psikologi jika tidak dikawal.
Pandangan sama turut disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, L Francis, yang melihat PK Battle sebagai punca budaya tidak sihat.
Juga pandangan sama dari Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang menyifatkannya sebagaic hiburan melalaikan dan bertentangan dengan nilai Islam.
Fahmi turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa memadam akaun atau kandungan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tanggungjawab itu terletak pada pihak platform berdasarkan syarat komuniti dan lesen operasi mereka di Malaysia.
Baca juga: Rawatan Di Klinik Swasta Terpilih Kini Percuma, Penerima STR Tak Perlu Bayar!
Sumber: Sinar Harian / The Reporter
FT Image: Google / Alif Omar (The Vibes)
