Euforia Bola 2026
Didik

Bila Lawak Jadi Jijik, Trend TikTok ‘Kalau Tak Terima Luahan Cinta Kena Tikam’ Cetus Kemarahan Ramai!

luahan perasaan

Gelombang ‘lawak gelap’ di media sosial, khususnya di TikTok, kini menimbulkan kebimbangan besar. Kini, timbul satu trend luahan perasaan yang memaparkan ayat berbunyi “Kepada kaum wanita, bagus kamu terima bila lelaki meluah perasaan, takut nanti kalau kamu tolak, kamu kena tikam”.

Ayat ini telah mengundang kemarahan ramai apabila dilihat seolah-olah menormalisasi keganasan terhadap wanita!

Baca juga: Cikgu Buat ‘Spotcheck’ Mengejut, Jumpa Telefon Bimbit Murid Tahun 6 Penuh Gambar Guru & Ustaz Jadi Bahan Troll

TREND LUAHAN PERASAAN “KALAU TAK TERIMA KENA TIKAM” UNDANG KERISAUAN

luahan perasaan

Lebih memilukan, trend ini mula merebak selepas insiden tragis yang menggemparkan negara apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas ditikam oleh pelajar lelaki pada minggu lepas.

Bagi banyak pihak, menjadikan isu seberat keselamatan wanita sebagai bahan jenaka bukanlah satu hiburan, tetapi satu bentuk kejatuhan moral yang amat membimbangkan. Seorang wanita di laman Threads, tampil menegur trend berkenaan yang menurutnya menggambarkan betapa mudahnya segelintir anak muda memperlekeh isu keganasan terhadap wanita.

“Satu trend yang sangat membimbangkan. Anak muda hari ini semakin terbiasa dengan jenaka yang memperkecilkan penderitaan wanita, seolah-olah ia perkara biasa. Lebih mengejutkan, ada individu bergelar pemimpin agama yang turut memuat naik gurauan sama,” tulisnya.

Sudah semestinya, mesej seperti itu amat berbahaya kerana ia seakan-akan menuding jari kepada wanita untuk melindungi diri,  bukannya mendidik lelaki supaya menghormati batas dan menerima penolakan dengan matang.

“Bila pula kita mahu ajar lelaki supaya tidak menjadikan ego sebagai alasan untuk bertindak ganas? Kenapa wanita pula yang dipersalahkan hanya kerana tidak membalas perasaan?” soalnya lagi.

Wanita ini turut memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengekang penyebaran trend tersebut.

Hilangnya Empati Dalam Budaya Lawak, Jijik!

luahan perasaan

Perkongsian di Thread ini meraih lebih 4,500 tanda suka dan ratusan komen daripada pengguna lain yang rata-ratanya menyelar trend tidak sensitif itu. Ada juga dalam kalangan netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir remaja yang menjadikan tragedi sebenar sebagai bahan gurauan.

“Sangat menjijikkan apabila video seperti ini datang daripada remaja sendiri. Ia menunjukkan betapa ada antara mereka yang sudah hilang empati dan gagal membezakan antara ‘lawak’ dan kezaliman,” tulisnya.

Fenomena ini bukan sekadar isu jenaka tidak sensitif namun ia mencerminkan betapa budaya digital kini sedang membentuk semula cara generasi muda memahami empati, keselamatan, dan maruah wanita.

Ketika tragedi sebenar masih segar dalam ingatan masyarakat, menjadikan keganasan sebagai bahan lawak bukan hanya tidak wajar, tetapi juga berpotensi menanam pemikiran berbahaya bahawa ancaman terhadap wanita itu perkara kecil yang boleh diketawakan.

Baca juga: 15 Denda ‘Legend’ Zaman Sekolah 80-90an, Dulu Kena Berdiri Tengah Panas…Sekarang Jadi Cerita Lawak!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×