Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapati Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, bersalah atas pertuduhan mengabaikan anaknya yang juga kanak-kanak autistik dalam kejadian dua tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh selepas menilai keseluruhan keterangan dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Baca juga: Pihak Berkuasa Bakal Lesenkan 10 Permainan Bahaya Online , Termasuk Roblox, GTA & PUBG
ISMANIRA ABDUL MANAF, IBU ZAYN RAYYAN BERSALAH

Mahkamah turut memutuskan bahawa pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui tahap keraguan munasabah terhadap tertuduh berusia 30 tahun itu.
Hukuman penjara selama lima tahun dikenakan terhadap Ismanira Abdul Manaf dan keputusan itu diumumkan oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh.
Hakim turut mengarahkan tertuduh berusia 30 tahun itu menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun serta melaksanakan khidmat masyarakat sebanyak 120 jam dalam tempoh enam bulan.
Selepas keputusan dibacakan, prosiding diteruskan dengan hujahan mitigasi oleh pasukan pembelaan yang memohon agar pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.
Berdasarkan pertuduhan pindaan, Ismanira sebagai penjaga sah kepada Zayn Rayyan, didakwa bersama-sama mengabaikan tanggungjawab terhadap kanak-kanak berusia enam tahun itu sehingga boleh menyebabkan kecederaan fizikal.
Perbuatan tersebut didakwa berlaku antara jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023 di kawasan sekitar Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, hingga ke kawasan berhampiran sungai di perumahan sama.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.
Baca juga: Doktor Cerita 3 Hal INI Sering Bermain Di Bibir Pesakit Sebelum Ajal Tiba, Mesti Ulang-Ulang Cakap
Sumber: Kosmo Online
