Euforia Bola 2026
Famili

Budak 6 Tahun Cedera Dikelar Di Leher Ketika Tidur, Polis Masih Siasat Motif Kejadian…

leher kena kelar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas lehernya dipercayai dikelar menggunakan objek tajam dalam satu kejadian di sebuah rumah di Parit Raja, awal pagi tadi.

Si ibu melalui detik mencemaskan apabila menemui anak lelaki itu berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher dan kejadian itu disedari sekitar jam 5.30 pagi apabila wanita berusia 40 tahun itu terjaga dari tidur untuk memeriksa keadaan anaknya di bilik.

Baca juga: Bukan Digunakan Hanya Dalam Masakan, Serai Rupanya Boleh Rawat 5 Penyakit Ini

LEHER KENA KELAR, BUDAK LELAKI 6 TAHUN CEDERA PARAH

LEHER KENA KELAR

Ketika pemeriksaan dilakukan, dia terkejut apabila mendapati dua bilah pisau berada berhampiran bantal anaknya, manakala pintu utama rumah didapati terbuka sedikit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 40 tahun kira-kira jam 9 pagi.

Menurut wanita berkenaan, dia terjaga dari tidur dan mendapati anak lelakinya cedera parah sebelum segera mendapatkan bantuan.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata,” katanya.

leher kena kelar

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan motif di sebaliknya.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pagi semalam. Dalam pada itu, Shahrulanuar menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak sahih di media sosial berhubung kes berkenaan kerana ia boleh menjejaskan siasatan serta reputasi individu tertentu.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001,” tambahnya.

Baca juga: Melawak Biarlah Berpada, Tak Semua Gurauan Dibenarkan Dalam Islam! Ada Yang Diharamkan…

Sumber: Buletin TV3 & Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×