Euforia Bola 2026
Famili

Abang Disyaki Kelar Leher Adik Sendiri, Berang Sejuta ‘Point’ Mainan Roblox Hilang!

BUDAK KENA KELAR

Polis sedang menyiasat kemungkinan insiden budak kena kelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat kelmarin, berpunca daripada tindakan abangnya sendiri yang berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai bertindak luar kawalan selepas berang apabila permainan dalam talian Roblox yang dimainkannya terganggu.

Baca juga: Kakak Campak Adik Usia 21 Hari Dari Tingkat Empat, Rasa Cemburu Berakhir Dengan Kematian

BUDAK KENA KELAR, DISYAKI ANGKARA ABANG

BUDAK KENA KELAR

Sekadar gambar hiasan

Gangguan itu didakwa menyebabkan kehilangan hampir sejuta mata (point) yang dikumpulkan, selepas telefon bimbit yang digunakan rosak akibat perbuatan mangsa.

“Motif sebenar masih disiasat, namun maklumat awal menunjukkan suspek mungkin bertindak mencederakan adiknya kerana marah permainan dalam taliannya terganggu sehingga semua mata hilang.

“Siasatan juga mendapati kanak-kanak itu dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam disebabkan pengaruh permainan tersebut dan seolah-olah mendengar arahan untuk mencederakan ahli keluarganya. Dia kemudian mengambil pisau di rumah dan menyerang adiknya sendiri,” katanya

Ab Rahaman memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk mendapatkan keterangan daripada mangsa yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

Menurut beliau, ibu bapa kepada dua beradik itu, masing-masing berusia 40 tahun telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Buat masa ini, kedua-dua kanak-kanak tersebut berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Polis tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka seperti pesalah lain kerana mereka masih di bawah umur.

BUDAK KENA KELAR

“Ibu dan bapa mereka bagaimanapun ditahan kerana dipercayai mengetahui mengenai kejadian ini. Perkara itu masih dalam siasatan, dan fokus utama kini ialah mendapatkan keterangan terperinci daripada ahli keluarga,” jelasnya.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi Isnin lalu, mangsa ditemui dalam keadaan parah dengan kesan kelar di leher kanan dipercayai akibat senjata tajam.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani,  memaklumkan bahawa siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 41 tahun.

Wanita berkenaan dikatakan terjaga daripada tidur dan mendapati anak lelakinya berlumuran darah dengan kecederaan serius di leher, sebelum segera membawanya ke HSNI untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Baca juga: Rayuan Haji 2026 Dibuka Lebih Awal, Boleh Mula Mohon Bermula 3 November Ini

Sumber: FMT

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×