Nampaknya, kes mendera budak sehingga maut tiada noktahnya. Seperti baru-baru ini, sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sehingga menyebabkan kematian di Kepong pada Isnin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan berusia 37 tahun kira-kira jam 7.30 pagi berhubung kejadian terbabit.
Baca juga: Suami Isteri Buntu Dua Mata Anak Bakal Buta, Terpaksa Tolak Perasaan Malu Letak Tabung Di Masjid
DISYAKI MENDERA BUDAK 6 TAHUN, PENGASUH & SUAMI DITAHAN

Gambar Utusan: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.
20 kecederaan pada tubuh, hentakan benda tumpul
“Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pengasuh wanita.
“Hasil bedah siasat menemukan kira-kira 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan dan kaki dipercayai akibat hentakan benda tumpul,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Rusdi berkata, susulan itu, pengasuh dan suaminya berusia 25 tahun bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dijaga oleh pengasuh wanita terbabit sejak dua bulan lalu dengan bayaran kira-kira RM800.
“Mangsa tinggal dengan pasangan terbabit selepas dihantar sebulan sekali oleh ibunya berusia 27 tahun kerana bekerja syif sebagai pegawai pemasaran,” katanya.
Baca juga: Bantu Rakan OKU Ikut Serta Merentas Desa, Murid Lelaki Tolak ‘Wheelchair’ Sambil Tersenyum!
Baca juga: Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!
Ibu bapa mangsa telah bercerai
Beliau berkata, maklumat awal mendapati ibu bapa mangsa telah bercerai.
“Suspek lelaki bekerja sebagai penunggang p-hailing dan wanita terbabit hanya bekerja sebagai pengasuh mangsa,” katanya.
Rusdi berkata, pasangan terbabit mempunyai tiga orang anak berusia antara empat hingga tujuh tahun.
“Dua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Freepik
