Beberapa hari lepas kecoh apabila orang ramai membincangkan tentang status kesilapan tarikh dalam sijil nikah pelakon terkenal Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Namun semalam, seorang wanita di laman Facebook berkongsikan kisah bahawa dia bukan saja salah tarikh, tapi tersalah ‘suami’ juga di kad nikah!
Itulah yang berlaku kepada wanita ini apabila wajah lelaki yang terpampang dalam kad nikahnya bukan suaminya sendiri, tetapi individu yang langsung tidak dikenalinya.
WANITA TERKEDU, KAD NIKAH ADA DUA..SATU BERSAMA WAJAH SUAMI, SATU LAGI DENGAN LELAKI TAK DIKENALI!

Foto: Dua kad nikah yang dikongsikan.
Insiden lucu namun mencetuskan kekeliruan itu dikongsi oleh pemilik akaun Facebook, Farehanim Syukhairiyah, yang memuat naik gambar dua keping kad nikah dengan kapsyen bersahaja.
“Kita bukan setakat salah tarikh nikah, kita salah orang dekat kad nikah siap. Relax saja, akal dia tu,” tulisnya.
Dalam dua kad nikah berkenaan, kelihatan wajah Farehanim dipadankan dengan dua lelaki berbeza iaitu salah seorang daripadanya ialah suami sebenar, manakala seorang lagi tidak diketahui identitinya.
Menurut Farehanim, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan teknikal Pejabat Agama Negeri Kedah ketika mencetak dokumen rasmi berkenaan. Mujurlah, setelah menyedari kesalahan itu, pihak berkuasa agama segera mengeluarkan kad nikah baharu dengan wajah suami sebenar.
Menjawab pertanyaan netizen yang terkejut dengan insiden tersebut, Farehanim menjelaskan:
“Tak kenal pun siapa lelaki tu. Saya terus cakap pada staf pejabat agama, ‘Ini bukan suami saya…’”
Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan kisah itu dan membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu.
“Kalau pengantin perempuan yang tersilap gambar, boleh jadi Perang Dunia ke-3 ni!” seorang netizen berseloroh.
Bagi menjelaskan kekeliruan, Farehanim turut menegaskan bahawa gambar pada kad bahagian atas ialah suami sebenar, manakala gambar di bawah tidak diketahui milik siapa.
“Yang atas betul, yang bawah tak tahu siapa dia ‘match’ kan,” ujarnya sambil disertai emoji ketawa.

Foto hiasan.
Kisah ini bukan sahaja mengundang tawa, tetapi turut menjadi peringatan penting tentang ketelitian dalam mengurus dokumen rasmi perkahwinan, terutama apabila ia melibatkan maklumat dan wajah pasangan. Nampak macam remeh tetapi boleh mengundang fitnah ya!
Baca juga: Pengantin Lelaki Sebut ‘Aku Terima’ Sahaja Semasa Akad Nikah, Sah Atau Tak?
Sumber: Farehanim Syukhairiyah
