Tular di laman media sosial apabila seorang ibu tunggal yang pernah melalui pahit getir penceraian kini terpaksa mengharungi sekali lagi pengalaman pahit apabila pengantin lelaki tidak hadir ke majlis kahwin yang dirancang.
Siapa sangka… hari yang sepatutnya menjadi permulaan rumah tangga kedua bertukar menjadi detik paling memalukan dan menyakitkan buat dirinya!
Sepatutnya akad nikah jam 10 pagi… tetapi pengantin lelaki langsung tidak muncul di majlis kahwin

Dalam perkongsian di TikTok @Mun_onnie, wanita yang bernama Nor Syafiqah mendedahkan bahawa adik angkatnya itu bersiap lengkap bagaikan ratu sehari, menunggu detik ijab kabul. Imam sudah hadir, tetamu mula memenuhi khemah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Tetapi sehingga jam 10 pagi…sehingga menjelang tengah hari…sehingga ke petang…Pengantin lelaki langsung tidak muncul. Dia hanya dimaklumkan bahawa lelaki itu “tak datang kerana bimbang bapanya marah”. Namun sehingga kini, punca sebenar masih menjadi tanda tanya.
Namun, majlis tetap diteruskan demi menjaga hati tetamu. Walaupun hatinya hancur, segala persiapan sudah siap 100 peratus seperti khemah, pelamin, katering untuk lebih 1,000 tetamu dan cenderahati.
Menurut Syafiqah, dia terpaksa berkurung dalam bilik kerana terlalu malu untuk berdepan dengan para tetamu yang menunggu majlis akad nikah dilangsungkan.
“Sepanjang hubungan dia sangat baik… tapi jodoh di tangan Tuhan,” katanya.
Wanita ini mengakui bakal suaminya selama ini bersikap baik, pemurah dan penyayang. Sebagai ibu tunggal, dia melalui pelbagai cabaran untuk membesarkan anak berusia lima tahun sambil membina kehidupan baharu. Kesungguhannya turut terbukti apabila kos majlis ditanggung sepenuhnya, menggunakan wang simpanan hasil berniaga kedai makan.
Namun semua itu seolah-olah dipersia-siakan apabila lelaki itu menghilang tanpa kata pasti.
Kerugian hampir RM12,000, tindakan saman bakal diambil

Foto: Berita Harian
Kekecewaan itu bukan sahaja menjejaskan maruah, tetapi turut meninggalkan kerugian besar. Pelamin sudah ditempah, pakaian pengantin sudah dibeli dan kad jemputan untuk majlis 13 Disember juga sudah diedarkan.
Akibat rasa tertipu dan dipermain-mainkan, ibu tunggal ini telah membuat laporan polis di IPD Kubang Pasu dan kini berbincang dengan peguam bagi mengemukakan saman terhadap bekas bakal suaminya.
“Saya anak bongsu daripada lima beradik, kami yatim piatu. Sekarang saya hanya bergantung kepada sokongan abang dan kakak,” katanya.
Walaupun baru lapan bulan berpisah dengan suami pertama, hubungan mereka masih baik demi anak perempuan yang kini berusia lima tahun. Semoga ada keadilan buat wanita ini…
Baca juga: 11 Asas Permohonan Kebenaran Nikah Anda Kena Tahu, Jangan Lambat Nanti Tak Boleh Kahwin
Sumber: Berita Harian, Tiktok
