Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Kad Kahwin Tahun 1963 Kembali Viral, Siap Letak Pekerjaan Pengantin Supaya Orang Ramai Tahu!

kad kahwin

Dalam dunia hari ini, kad kahwin hadir dengan pelbagai tema seperti moden, minimalist, floral, kartun dan macam-macam lagi. Tapi baru-baru ini, tular pula sekeping kad jemputan perkahwinan tahun 1963 yang membuat ramai terkesima.

Bukan sahaja klasik, malah ada butiran unik yang jarang kita jumpa pada kad kahwin zaman sekarang…termasuk ‘mendedahkan’ pekerjaan pengantin!

Baca juga: 5 Bulan Dalam Islam Yang Disarankan Baik Untuk Mendirikan Mahligai Cinta

VIRAL KAD KAHWIN TAHUN 1963, RAMAI TERKEJUT SIAP ADA PEKERJAAN PENGANTIN!

kad kahwin

Foto: Bota TV

Kad kahwin yang tular menerusi Facebook Bota TV tersebut mengundang para tetamu ke majlis perkahwinan pasangan Che Khadijah Jamid, seorang guru di Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak, dan Enche Osman Yeop, kakitangan Pejabat Kesihatan Teluk Anson (kini Teluk Intan).

Yang membuatkan warganet lebih teruja, kad klasik itu turut memaparkan tentatif majlis yang sangat teratur iaitu jamuan bermula jam 1 hingga 3 petang. Manakala, acara bersanding pada pukul 4 petang.

Berbeza dengan zaman sekarang, kebanyakan pasangan memilih untuk bersanding lebih awal, sekitar 12 tengah hari hingga 2 petang. Nampaknya dulu, majlis lebih santai dan berjalan mengikut ‘timing’ yang memudahkan tetamu.

Ramai Terharu Nilai Sentimental Kad Lama, Ada Ahli Keluarga Cerita Pengantin Dah Usia 90 Tahun!

kad kahwin

Foto hiasan AI.

Ketika kad itu tular, ramai netizen berkongsi rasa kagum melihat betapa ringkas tetapi padatnya maklumat yang disampaikan. Tidak ada rekaan fancy, namun cukup menggambarkan suasana perkahwinan tradisi masyarakat zaman dulu.

Dalam ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Syahirah Rameli, tampil mendedahkan bahawa pasangan dalam kad tersebut ialah datuk dan nenek saudara kepada suaminya.

“Nenek saudara kami Che Khadijah ini masih lagi sihat. Umur dah dekat 90 tahun sekarang. Alhamdulillah, doakan dia sihat selalu,” tulisnya.

Syahirah turut berkongsi bahawa kerjaya sebagai penjawat awam memang sudah menjadi tradisi keluarga mereka sejak turun-temurun.

“Moyang suami pun kerja kerajaan. Anak cucu pun sama Yeop. Moyang seorang guru di Kampung Gajah dan berasal dari Pulau Tiga. Opah Lijah (Che Khadijah) pun guru juga. Alhamdulillah cicit pun buka sekolah walaupun tak kerja kerajaan,” katanya berseloroh.

*Buat anda yang sedang merancang majlis perkahwinan, ada yang tertarik untuk buat kad jemputan klasik macam ini tak?

Baca juga: Majlis ‘Usrah Bachelorette’ Amira Othman Jadi Perdebatan, Trend Islamik Atau Sekadar Ikutan Budaya?

Sumber: Bota TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×