Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Sayang Takkan Gugur, Walau Rambutnya Gugur” – Kisah Seorang Suami Belajar Erti Cinta Sebenar Saat Isteri Hamil

rambut gugur teruk

Rambut gugur teruk mungkin nampak seperti masalah kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi seorang wanita hamil ini boleh jadi perkara yang cukup merisaukan dan menyentuh emosi.

Bagi si suami pula, setiap helai rambut yang jatuh bukan sekadar tanda perubahan fizikal isterinya, tetapi lambang pengorbanan seorang wanita yang sedang membawa nyawa baru ke dunia.

Baca juga: “Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Sana”- Ibu Muda Meninggal Dunia Beberapa Jam Lepas Lahirkan Bayi Tak Bernyawa

ISTERI ALAMI RAMBUT GUGUR TERUK SEMASA HAMIL HAMPIR BOTAK, SUAMI LUAH RASA RISAU

rambut gugur teruk

Begitulah kisah seorang suami yang belajar makna sebenar cinta dan kesetiaan bukan melalui kata-kata indah, tapi melalui setiap helaian rambut isterinya yang gugur satu demi satu.

Menurut luahannya, setiap kali isterinya mengandung, bukan perut yang semakin membesar jadi perkara pertama yang dia perasan. Tapi, rambut isterinya yang makin gugur dan kali ini, lebih teruk daripada biasa.

“Serius weh, pegang sikit pun luruh,” katanya berseloroh. Lantai rumah jadi saksi, disapu berkali-kali dalam sehari. Kadang tersangkut di sikat, kadang pula sampai tersumbat lubang tandas.Kadang rasa macam duduk serumah dengan Rapunzel yang baru resign,” guranya.

Namun di sebalik lawak itu, ada rasa risau yang tak terluah. Satu malam, isterinya berdiri di depan cermin. Pandang lama-lama rambut sendiri yang semakin menipis. Dengan nada perlahan tapi serius, dia bertanya,

“Awak, kalau saya botak, awak sayang saya tak?”

Suaminya terdiam. Dalam hati, antara nak ketawa atau nak kesian. Tapi akhirnya dia jawab jujur,

“Selama ni saya botak banyak kali awak steady je sayang saya, kenapa saya tak boleh sayang awak walau botak?”

Seketika itu, si isteri tersenyum dan senyuman ini bagi si suami cukup untuk menenangkan hati. Rambut gugur masa mengandung bukan hal baru. Orang kata sebab hormon, tapi sebenarnya ada penjelasan saintifik di sebaliknya.

“Sayang ni bukan pada rambut, sayang ni pada hati..”

rambut gugur teruk

Foto: freepik

Ketika hamil, hormon estrogen dalam tubuh wanita meningkat dengan tinggi, hormon ini sebenarnya memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Sebab itu ramai wanita nampak berambut lebat semasa mengandung.

Namun selepas bersalin, paras hormon estrogen menurun secara mendadak. Rambut yang selama ini ‘disimpan’ untuk tidak gugur, mula gugur serentak. Inilah yang dipanggil ‘postpartum hair loss’, keadaan biasa yang boleh berlaku antara 3 hingga 6 bulan selepas kelahiran.

Selain perubahan hormon, tekanan emosi, keletihan, dan kekurangan nutrisi (seperti zat besi, vitamin D, dan protein) turut mempercepatkan rambut gugur. Dalam kes isterinya, mungkin juga sebab dia terlalu banyak fikir seperti hal anak, rumah, dan suami yang entah sempat makan tengah hari ke tidak.

Kadang bila tengok dahi isterinya makin luas, dia sempat bergurau, “Macam hero kung fu China zaman dulu, depan botak, belakang ikat tinggi.” Tapi gurauan itu selalu diakhiri dengan pujukan lembut.

“Awak tengok buaya ada rambut tak?”
“Awak tengok kura-kura ada rambut tak?”
“Awak tengok biawak ada rambut tak?”

Waktu tu isterinya dah ketap bibir menahan marah, dan dia cepat-cepat sambung,

“Tapi saya tetap sayang semua tu… sebab sayang ni bukan pada rambut, sayang ni pada hati..”

Bagi si suami, setiap kali dia menyapu rambut isterinya di lantai, dia tak nampak rambut semata-mata.
Dia nampak pengorbanan. Setiap helai yang gugur itu tanda isterinya sedang membawa nyawa kecil dalam rahimnya. Walau tubuh berubah, kulit berkedut, tidur terganggu, dia tetap kuat, tetap cantik di mata suaminya.

“Sayang aku takkan gugur macam rambut dia,” katanya, perlahan tapi penuh makna.

Kadang-kadang cinta sejati bukan ditunjuk dengan hadiah mahal atau janji manis. Tapi dengan kesetiaan dan penghargaan kecil terhadap pengorbanan yang tak terucap. Dan buat si suami ini, setiap rambut yang gugur hanyalah tanda bahawa cinta mereka sedang tumbuh, bukan hilang.

Baca juga: Alif Satar Tersentuh Bangga Isteri Hamil 4 Bulan Berjaya Tamatkan Larian 10KM, Semangat Luar Biasa!

Sumber: Khairul Johari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×