Euforia Bola 2026
40 Minggu

Ibu, Tolong Elak 9 Jenis Minuman Ini Kalau Sayang Bayi Dalam Perut..Nampak Sihat Tapi Bahaya!

pantang larang semasa hamil

Apabila disahkan hamil, setiap apa yang anda makan dan minum bukan lagi hanya untuk diri sendiri tetapi turut mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan. Ramai ibu tidak sedar bahawa ada beberapa pantang larang semasa hamil melibatkan jenis minuman harian yang boleh membawa risiko kepada janin jika tidak berhati-hati.

Alamak, jenis air pun ada pantang larang ya?

Baca juga: Putera Mateen Kongsi Berita Kehamilan YM Anisha, Pasangan Diraja Brunei Menanti Kehadiran Zuriat Sulung

PANTANG LARANG SEMASA HAMIL, ADA 9 JENIS MINUMAN TAK BOLEH MINUM

pantang larang semasa hamil

Foto: freepik

Berikut sembilan jenis minuman yang sebaiknya dielakkan sepanjang tempoh kehamilan:

1. Susu & Jus Buah Tidak Dipasteur

Eh, bukankah susu dan jus baik untuk kesihatan? Ya, tetapi hanya jika ia dipasteur iaitu melalui proses pemanasan untuk memusnahkan bakteria.

Susu atau jus tidak dipasteurisasi boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti Listeria, Salmonella, E. coli dan Campylobacter.
Jadi, sentiasa semak label dan pastikan ia menyatakan pasteurized.

2. Kopi- Kurangkan Sebanyak Mungkin

Segelas kopi mungkin penyelamat mood di pagi hari, tapi untuk ibu hamil, ia bukan pilihan terbaik. Kandungan kafein yang tinggi boleh meningkatkan risiko keguguran, terutamanya pada trimester pertama.

Jika sukar untuk berhenti sepenuhnya, hadkan kepada maksimum dua cawan sehari dan pilih versi kafein rendah jika boleh.

3. Teh Ais – Godaan Cuaca Panas

Teh ais memang menyegarkan, apatah lagi di cuaca tropika Malaysia. Namun, teh pekat yang digunakan sering kali mengandungi paras kafein yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika diminum kerap, ia boleh memberi kesan kepada degupan jantung dan tekanan darah ibu.

4. Teh Hijau – Sihat Tapi Tidak Sesuai

Teh hijau terkenal dengan manfaat kesihatan, tetapi untuk ibu mengandung, ia mungkin bukan pilihan ideal. Kandungan kafein dan bahan yang meningkatkan metabolisme boleh menurunkan penyerapan asid folik, nutrien penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi.

5. Soda Diet

Walaupun tertera perkataan ‘diet’ pada label, jangan mudah terpedaya. Kebanyakan minuman ini mengandungi kafein dan pemanis tiruan seperti saccharine, yang boleh menjejaskan tumbesaran janin dan meningkatkan risiko kecacatan.

6. Minuman Berkarbonat

Air soda atau minuman ringan bukan sekadar tinggi gula malah ia juga boleh mengandungi quinine dan kafein. Gabungan kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf dan tekanan darah ibu hamil.

7. Minuman Tenaga

Walaupun dikatakan boleh memberi tenaga segera, kandungan kafein, gula dan bahan tambahan sintetik menjadikan minuman tenaga sangat tidak sesuai untuk ibu mengandung. Ia boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah, seterusnya membahayakan janin.

8. Jus Wheatgrass (Rumput Gandum Mentah)

Walaupun sering dikaitkan dengan manfaat kesihatan, jus wheatgrass mentah boleh menjadi tempat pembiakan kulat dan bakteria kerana ditanam dalam persekitaran lembap. Ia berpotensi menyebabkan jangkitan dan mengganggu keseimbangan nutrien dalam tubuh ibu.

9. Alkohol – Pantang Sepanjang Kehamilan

Masih ada yang percaya sedikit alkohol tidak memudaratkan. Namun, hakikatnya walau seteguk kecil sekalipun boleh memberi kesan besar pada janin.

Alkohol boleh menyebabkan kecacatan fizikal, gangguan perkembangan otak dan sindrom alkohol janin (FAS) yang kekal sepanjang hayat.

pantang larang semasa hamil

Foto: freepik

*Peringatan penting, badan ibu hamil sedang bekerja keras untuk menyokong dua nyawa. Apa sahaja yang masuk ke dalam tubuh memberi kesan terus kepada bayi. Jadi, elakkan risiko yang tidak perlu dan pilih air kosong, susu pasteur, jus segar diperah sendiri dan minuman herba selamat (atas nasihat doktor) sebagai pilihan utama.

Baca juga: Petua Viral Minum Milo + Mentega Terus Bukaan 3cm, Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin Mudah & Tak Sakit

Sumber: Dr.MimiJunit

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×