Euforia Bola 2026
Asuh

Usia 6 Tahun Tumbuh Payudara & Datang Haid? Doktor ‘Warning’ Anak Kecil Pakai Makeup Jadi Punca!

anak datang haid

Kebanyakan kanak-kanak biasanya mula melalui proses akil baligh selepas usia sembilan tahun. Namun, jika perubahan fizikal seperti pertumbuhan payudara, anak datang haid atau perubahan suara berlaku terlalu awal, ia mungkin petanda kepada precocious puberty atau lebih dikenali sebagai akil baligh pramatang!

Awas, jangan ingat ini adalah perkara biasa kerana semakin ramai kanak-kanak sudah menunjukkan tanda-tanda akil baligh sebelum usia sepatutnya gara-gara penggunaan produk dewasa.

Baca juga: Tabiat Aneh Anak Suka Tidur Seluk Tangan Dalam Seluar Buat Mak Ayah Risau, Pakar Kata Jangan Marah..Ini Sebabnya

ANAK DATANG HAID SEBELUM USIA SEPATUTNYA, PEMAKAIAN LIPSTIK & MINYAK WANGI JADI PUNCA!

anak datang haid

Foto: freepik

“Jaga anak-anak kita, terutamanya anak perempuan” – Dr. Hannani Kamarudin

Menurut Pakar Kesihatan, Dr. Hannani Kamarudin, kes akil baligh pramatang kini meningkat dari tahun ke tahun. Selain faktor pemakanan dan gaya hidup, beliau menjelaskan pendedahan kepada produk orang dewasa seperti minyak wangi, alat solek, dan deodorant juga berpotensi besar mencetuskan gangguan hormon.

“Ramai tak sedar, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang boleh meniru hormon dalam tubuh. Bila anak kecil menggunakannya, tubuh mereka jadi ‘keliru’, lalu merangsang perubahan hormon lebih awal daripada sepatutnya,” jelas beliau.

Teramatlah penting apabila Dr. Hannani turut menasihati ibu bapa agar TIDAK membelikan anak-anak kecil produk seperti lipstik, minyak wangi atau alat solek hanya kerana ingin mereka kelihatan comel. Hal ini kerana, kandungan bahan kimia seperti paraben dan Bisphenol A (BPA) dalam produk kosmetik atau penjagaan diri orang dewasa boleh mengganggu sistem endokrin, iaitu sistem yang mengawal keseimbangan hormon tubuh.

Lebih membimbangkan, pendedahan jangka panjang kepada bahan ini bukan sahaja mempercepatkan akil baligh, tetapi juga meningkatkan risiko penyakit serius seperti kanser payudara di kemudian hari.

Perhatikan tanda awal dan jangan anggap usia 6 tahun dah tumbuh payudara itu normal

anak datang haid

Foto: freepik

Jika anak perempuan anda mula menunjukkan tanda-tanda tumbesaran payudara seawal usia enam tahun, atau didatangi haid sebelum umur sembilan tahun, itu bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

Dr. Hannani menyeru agar ibu bapa lebih peka dan segera mendapatkan nasihat doktor jika tanda-tanda ini muncul.

“Perlindungan terhadap anak-anak kita bermula daripada kesedaran. Jangan biar bahan kimia ‘dewasa’ menjejaskan masa depan mereka,” pesannya.

Kesimpulannya, anak-anak kecil seharusnya menikmati zaman kanak-kanak mereka tanpa tekanan atau pengaruh produk yang belum sesuai dengan usia. Sebagai ibu bapa, mari sama-sama lebih berhati-hati dalam memilih produk penjagaan diri untuk mereka, kerana sedikit kelalaian boleh membawa kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan tumbesaran mereka.

Baca juga: Bayi 1 Tahun Disyaki Jadi Mangsa Serangan Seksual Lepas Balik Rumah Pengasuh, Lubang Alat Sulit Tak Normal!

Sumber: Instagram @drhannaniofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×