Ramai penggemar aksesori akan memilih gelang emas Pandora (bracelet) sebagai salah satu koleksi utama kerana rekaannya yang elegan dan mudah digayakan dengan pelbagai bead atau charm.
Namun, tidak semua rekaan sesuai untuk pemakaian harian kerana sebenarnya ada yang berisiko tinggi untuk rosak atau lebih teruk lagi adalah patah!
Baca juga: Ramai Tak Tahu…Ini 5 Design Emas Popular Tapi Sebenarnya ‘Perangkap’, Tak Berbaloi Beli!
HATI-HATI, INI DESIGN GELANG EMAS PANDORA YANG BERISIKO ROSAK & PATAH..RUGI!
Berikut merupakan perkongsian pengalaman sebenar dari seseorang yang pakar dalam penjualan emas serta pemakai Pandora, yang boleh dijadikan panduan sebelum anda memilih rekaan rantai tangan ini. Apa yang anda perlu tahu adalah:
1. Reka Bentuk Bergantung pada Gam

Ada sesetengah rekaan yang semata-mata bergantung kepada gam. Jika terdedah kepada air atau dipakai ketika basahan, risiko untuk putus semakin tinggi kerana gam boleh menjadi longgar dari masa ke masa.
2. Reka Bentuk Gabungan Rantai Halus

Rekaan seperti ini sering terdedah kepada masalah belahan. Jika bead tidak diisi penuh, pergerakan bebas bead boleh menyebabkan geseran pada rantai, lalu melemahkan gabungan rantai halus tersebut.
3. End Klip Yang Mudah Terputus

Rantai tangan yang menggunakan hujung berbentuk end klip juga berisiko, terutamanya jika terlalu berat atau kerap bergeseran dengan bead. Malah, tindakan seperti kerap memasukkan atau mengeluarkan rubber stopper boleh menambah tekanan sehingga menyebabkan rantai terputus. Biasanya, rantai tangan dengan berat sekitar 3 gram ke atas lebih mudah terdedah kepada situasi ini.
4. Bangle Kosong Di Dalam

Walaupun nampak kukuh, bangle jenis kosong di dalam sebenarnya mudah patah jika kerap dipakai dan ditanggalkan. Risiko semakin tinggi jika ia digunakan setiap hari.
5. Design ‘Belut’

Rantai tangan jenis ‘belut’ juga mempunyai risiko yang sama. Hujungnya berbentuk end klip yang boleh patah, dan kerana ia terdiri daripada gabungan beberapa rantai halus, kemungkinan ia terbelah di celahan rantai turut ada.
Cadangan Yang Lebih Kukuh, Jenis Rantai Tangan Gajah Padu
Puan Khairiyah turut mencadangkan wanita menggunakan rantai tangan design gajah padu sebagai pilihan utama. Beberapa ciri yang membuatkan jenis ini lebih tahan lasak dan praktikal berbanding rekaan lain adalah seperti berikut:
- Rekaan Padu – Lebih kuat dan tidak mudah patah walaupun dipakai setiap hari.
- Berat Sekitar 11 Gram – Dengan berat lebih kurang 11 gram, rantai ini terasa lebih solid di tangan.
- Lebar 0.3 cm – Ukuran lebar kira-kira 0.3 cm menjadikannya sederhana, tidak terlalu besar sehingga nampak kasar, dan tidak terlalu kecil hingga mudah rosak.
- Hujung Ring Bulat – Ciri paling penting, hujung rantai menggunakan ring bulat. Ini menjadikannya lebih selamat kerana tiada risiko patah di bahagian sambungan seperti end klip.
- Lobster Hook yang Praktikal – Lobster hook bukan sahaja kuat tetapi juga memudahkan proses memakainya dan menanggalkannya.

*Diingatkan juga bahawa walaupun kukuh, adalah amat disarankan untuk anda tidak memakai rantai Pandora ini ketika basahan. Alasannya mudah, sayang jika bead menjadi kotor atau tercemar di bahagian dalam lantas menjadi gelang tidak berseri-seri!
Baca juga: 5 Jenama Emas Terbaik & Dipercayai Di Malaysia Untuk Simpanan Jangka Panjang, Berbaloi Beli!
Sumber: Khairiyah Shahruddin
