Euforia Bola 2026
Sihat

“Aku Rasa Tak Boleh Bernafas!” – Kalau Pernah Alami Anxiety, Cuba Teknik 4-7-8 Ini Sekali!

SERANGAN ANXIETY

Serangan anxiety (anxiety attack) adalah tindak balas tubuh yang kuat terhadap tekanan atau kebimbangan dan ia boleh berlaku secara tiba-tiba.

Bagi sesetengah orang, ia rasa seperti serangan jantung walaupun tidak ada ancaman sebenar yang berlaku. Sekiranya serangan anxiety berlaku, ini apa yang anda perlu lakukan.

Baca juga: Awas! Penapis Air Boleh Buat Susah Tidur & Otot Kejang, Air Bersih Tapi ‘Kosong’!

CARA TENANGKAN DIRI BILA KENA SERANGAN ANXIETY

SERANGAN ANXIETY

Freepik

1. Tutup mata & letak tangan di dada

Pejam mata perlahan dan letakkan satu atau kedua-dua tangan di atas dada (atau jantung). Rasakan degupan jantung anda dan ambil masa beberapa saat, kemudian bisikkan perlahan kepada diri:

“Aku selamat. Ini cuma perasaan. Bukan ancaman sebenar.”

2. Guna teknik pernafasan 4-7-8

Langkah-langkah:

– Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.

– Tahan nafas selama 7 saat.

– Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut selama 8 saat.

– Ulang 3–5 kali

Teknik ini boleh diamalkan setiap hari, bukan hanya ketika serangan berlaku.

3. Tumpu pada 5 benda 

Ini adalah teknik grounding yang membawa anda kembali ke masa sekarang:

  • 5 benda yang anda boleh lihat
  • 4 benda yang anda boleh sentuh
  • 3 benda yang anda boleh dengar
  • 2 benda yang anda boleh bau
  • 1 benda yang anda boleh rasa (contohnya rasa air di mulut)

Serangan anxiety sering membawa fikiran kita ke masa depan atau ke fikiran negatif yang tidak rasional. Teknik ini memaksa minda untuk kembali ke masa kini dan mengalihkan fokus dari panik ke realiti sekeliling.

4. Bercakap/berbisik untuk diri sendiri

Contoh skrip dalaman:

“Ini cuma serangan anxiety. Ia akan berlalu. Aku pernah rasa begini, dan aku berjaya lalui. Aku masih di sini, dan aku selamat.” 

Bercakap pada diri sendiri secara rasional dan penuh empati memberi sokongan dalaman yang sangat penting. Dalam psikologi, ini dipanggil cognitive re-framing.

5. Pegang ais atau cuci muka dengan air sejuk 

Ambil kiub ais dan genggam perlahan dalam tapak tangan. Atau, pergi ke bilik air dan percikkan air sejuk ke muka. Stimulasi suhu sejuk memberi isyarat baru kepada tubuh seolah-olah memberi “kejutan ringan” kepada sistem saraf.

Jika mengalami serangan anxiety, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. Ramai yang melaluinya dalam diam, dalam sunyi, tanpa siapa tahu.

Jika serangan menjadi terlalu kerap atau mengganggu kehidupan seharian, berjumpalah dengan pakar seperti kaunselor, psikologis, atau psikiatri.

Kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesihatan menyeluruh. Jaga diri, satu langkah pada satu masa.

Baca juga: Darah Tinggi Boleh Jadi ‘Silent Killer’, Sebelum Jadi Mangsa Cegah Guna Coklat Ini!

Sumber: Majlis Keselamatan Negara & Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×