Euforia Bola 2026
Sihat

Tercungap-Cungap Dek Serangan ‘Anxiety & Panic’, Ini 5 Langkah Kecil Untuk Bantu Diri!

serangan anxiety

Serangan kebimbangan (anxiety) dan panik (panic attack) merupakan dua isu kesihatan yang berbeza, meskipun kedua-duanya terkait. Serangan anxiety dapat menjadi pemicu panic attack, tetapi panic attack boleh terjadi tanpa adanya anxiety yang mendasarinya.

Menerusi hantaran Public Health Malaysia (PHM) pada Ahad, kedua-dua serangan ini membuatkan diri rasa seolah-olah ikan yang lemas di dalam air. Di mana, penerima serangan akan tercungap-cungap sambil mencari udara tetapi tidak pernah cukup.

Baca juga: Ibu Kena Tukar Makanan Anak Kepada 9 Jenis Ini, Bantu Anak Speech Delay Banyak Bercakap!

SERANGAN ANXIETY & PANIC

serangan anxiety

Justeru itu, ketika anda menghadapi serangan ini, terdapat 5 langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan keadaan diri kepada asal.

Ingatlah bahawa, anda tidak bersendirian. Dengar tubuh anda dan beri ruang kepadanya untuk tenang seperti melakukan langkah-langkah kecil yang dicadangkan PHM di bawah.

Baca juga: Naik Syahwat Bila Tengok Objek Atau Barang Tertentu, Rupanya Ini Penyakit Objectophilia!

Apabila seseorang diserang anxiety (serangan kebimbangan) atau panic attack (serangan panik), sering dinasihatkan untuk tarik nafas panjang dan dalam. Tapi realitinya…bernafas adalah perkara paling sukar waktu itu.

Setiap hela nafas terasa berat, dada rasa sempit dan tubuh mula panik. Perasaannya? Rasa seperti ikan yang lemas dalam air. Tercungap-cungap, mencari udara…tapi tidak pernah cukup.

Baca juga: Orang Kata Makan Pedas Punca Kena Buasir, Rupanya Ia Antara 10 Mitos Penyakit Itu!

Baca juga: Terkejut Kerap Gosok Gigi Tapi Semakin Kuning, Rupanya Selalu Buat 4 Kesalahan Ini!

5 LANGKAH KECIL BANTU DIRI KETIKA SERANGAN

Jadi, ini 5 langkah kecil yang boleh bantu waktu itu:

1. Tutup mata, letak tangan di dada

Rasakan rentak jantung. Ingatkan diri, “Aku selamat”.

2. Guna teknik 4-7-8

Tarik nafas 4 saat, tahan 7 saat dan hembus perlahan 8 saat.

3. Tumpu pada 5 benda di sekeliling

Lihat, sentuh, bau, dengar dan bawa minda kembali ke ‘sekarang’.

4. Bercakap perlahan pada diri

“Ini cuma serangan. Ia akan berlalu. Aku pernah hadapi ini.”

5. Kalau perlu, pegang ais atau cuci muka

Suhu sejuk boleh bantu alihkan fokus tubuh daripada panik.

Jika anda pernah rasa begini, ketahuilah anda tidak keseorangan. Apa yang paling penting, dengar tubuh anda dan beri ruang untuk tenang, perlahan-lahan.

Baca juga: 5 Perubahan Pelik Bila Faraj ‘Tidur’ Terlalu Lama, Dr. Kongsi Untuk Wanita Ambil Serius!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: ChatGPT

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×