Euforia Bola 2026
Famili

Kanak-Kanak 6 Tahun Hilang Ditemui Maut DITANAM, ‘Plot Twist’ Bapa Ditahan Jadi Suspek Utama

budak 6 tahun

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab apabila mayat budak 6 tahun itu ditemui dalam keadaan menyayat hati, tertanam di kawasan hutan di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.

Mangsa, dikenali sebagai Tishant Munisammy, dilaporkan hilang pada awal pagi 26 Julai di kawasan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri. Laporan kehilangan dibuat oleh bapanya sendiri, seorang lelaki berusia 36 tahun, pada jam 2.15 pagi.

Baca juga: “Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati”- Mesej Ditujukan Kepada Diri Bukan Anak (Zayn Rayyan), Ismanira Bela Diri

BUDAK 6 TAHUN YANG HILANG DITEMUI MAUT DITANAM

budak 6 tahun

Foto: Mangsa, dikenali sebagai Tishant Munisammy.

Dalam laporan Berita Harian, menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kanak-kanak itu kali terakhir dilihat di Kopitiam Tiong Nam, Bukit Indah. Tishant digambarkan sebagai seorang kanak-kanak berkulit hitam manis, berhidung mancung, berketinggian kira-kira 110 sentimeter dan seberat 19 kilogram.

Namun, siasatan kehilangan itu mengambil pusingan mengejut apabila polis menahan bapa mangsa pada 27 Julai.

Penemuan tragis itu disahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof. Menurutnya, penahanan suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa kira-kira jam 4.30 petang di kawasan Rompin, hasil maklumat yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Pada awalnya kes ini disiasat sebagai kes Orang Hilang dan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Namun, selepas siasatan lanjut dan penahanan suspek, ia kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat Tishant telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian sebenar.

“SUAMI NAK CULIK ANAK..”

Lebih menyayat hati, sehari sebelum penemuan mayat itu, seorang wanita dipercayai ibu kepada mangsa tampil di media sosial mendakwa anaknya telah diculik oleh suaminya sendiri. Dalam satu hantaran TikTok yang menjadi tular, wanita berkenaan mendakwa suaminya telah menculik dan menyembunyikan anak mereka sebelum membuat laporan palsu mengatakan anaknya hilang.

“Suami saya culik dan sembunyikan anak, sekarang dia pula mendakwa anak hilang,” tulis wanita itu dalam hantaran tersebut yang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

budak 6 tahun

Foto: Mayat kanak-kanak lelaki ditemui ditanam di Rompin, semalam. – Foto ihsan pembaca

Tragedi ini sekali lagi membuka mata masyarakat mengenai isu penderaan dan keselamatan kanak-kanak dalam lingkungan keluarga sendiri. Pihak polis kini sedang melengkapkan siasatan dan akan membawa suspek ke muka pengadilan.

Baca juga: “Saya Jumpa Anak Dalam Tandas”- Pelajar Tingkatan 1 Dibuli & Diikat Kaki Tangan, Cemburu Jadi Punca

Sumber: Berita Harian (1),(2),(3)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×