Euforia Bola 2026
Famili

Tragedi Kejam Budak 6 Tahun Ditanam: Mayat Dijerut Cable Tie, Ibu Bapa Ada Masalah Rumah Tangga

budak 6 tahun ditanam

Satu tragedi memilukan telah menggemparkan negara apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan ditanam di kawasan belukar. Berita terbaharu juga melaporkan bahawa budak 6 tahun ditanam itu dipercayai dijerut dengan pengikat kabel (cable tie)!

Penemuan ini ternyata menimbulkan pelbagai persoalan mengenai nasib malang yang menimpa anak kecil itu.

Baca juga: Kanak-Kanak 6 Tahun Hilang Ditemui Maut DITANAM, ‘Plot Twist’ Bapa Ditahan Jadi Suspek Utama

KES BUDAK 6 TAHUN DITANAM, DIPERCAYAI DIJERUT CABLE TIE

budak 6 tahun ditanam

Foto: Tishant dan kawasan belukar yang ditanam.

Mangsa, dikenali sebagai Tishant Munisammy, dilaporkan hilang sejak 26 Julai lalu di kawasan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri. Laporan kehilangan dibuat oleh bapanya sendiri pada jam 2.15 pagi.

Selepas beberapa hari usaha pencarian dilakukan, mayat Tishant akhirnya ditemui ditanam di kawasan hutan di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan. Penemuan ini bukan sahaja menyayat hati, tetapi turut membuka kisah tragis yang mengejutkan ramai pihak.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Rembau mengesahkan bahawa:

1. Punca kematian adalah tekanan pada leher akibat jerutan menggunakan cable tie. Jerutan ini dipercayai cukup kuat hingga menyebabkan kematian.

2. Motif kejadian masih disiasat, namun siasatan awal mendapati bapa mangsa, yang kini ditahan, sedang menghadapi masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

3. Suspek enggan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, dan belum memberikan sebarang keterangan yang kukuh berhubung motif pembunuhan.

Kes Disiasat Sebagai Bunuh

budak 6 tahun ditanam

Foto cable tie: freepik

Pada awalnya, kes ini disiasat sebagai Orang Hilang di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Namun selepas penemuan mayat dan penahanan suspek, siasatan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, ia membawa hukuman mati mandatori atau penjara maksimum 40 tahun serta sebat.

*Semoga kes menyayat ini dapat cepat diselesaikan dengan cepat supaya si kecil yang tidak bersalah ini dapat tenang di alam sana…

Baca juga: “Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati”- Mesej Ditujukan Kepada Diri Bukan Anak (Zayn Rayyan), Ismanira Bela Diri

Sumber: Sinar Plus, Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×