Euforia Bola 2026
Sihat

Asyik Dahaga Melampau Dan Kerap Buang Air? Awas, Itu Mungkin Isyarat Awal Anda ‘Diserang’ Diabetes!

tanda awal diabetes

Diabetes bukan sekadar penyakit biasa, malah ia adalah penyakit kronik yang diam-diam boleh menjejaskan hampir keseluruhan sistem dalam badan jika tanda awal diabetes tidak diperhatikan. Ia berlaku apabila tubuh tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan baik, menyebabkan paras gula (glukosa) dalam darah meningkat secara tidak terkawal.

Kadar gula darah yang tinggi secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan organ dan mencetuskan pelbagai komplikasi berbahaya seperti penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan juga buta.

Baca juga: Jangan Sembarangan! Buah Yang Boleh & Tak Boleh Diambil Untuk Pesakit Kencing Manis

TANDA AWAL DIABETES ADALAH BILA ANDA CEPAT HAUS DAN KERAP KENCING? TAKUT!

tanda awal diabetes

Foto: freepik

Antara tanda awal diabetes yang sering berlaku tetapi kurang disedari ialah rasa haus berlebihan (polidipsia) dan kerap membuang air kecil (poliuria). Menurut Healthline, simptomnya:

1. Mudah Haus (Polidipsia)

Jika anda sering haus walaupun sudah minum banyak air, itu mungkin bukan sekadar cuaca panas. Dalam kes diabetes, paras gula darah yang tinggi menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis dan membuang glukosa berlebihan melalui air kencing. Akibat proses ini, tubuh kehilangan banyak cecair  dan otak akan memberi isyarat kepada tubuh untuk minum lebih banyak air. Selain diabetes, polidipsia juga boleh berpunca daripada:

– Dehidrasi biasa
– Masalah kesihatan mental (polidipsia psikogenik)
– Kesan sampingan ubat atau keadaan kesihatan lain

2. Kerap Buang Air Kecil (Poliuria)

Secara normal, manusia menghasilkan sekitar 1 hingga 2 liter air kencing setiap hari. Namun bagi mereka yang mengalami poliuria, kuantiti ini boleh meningkat sehingga lebih 3 liter sehari!

Ini kerana tubuh cuba menyingkirkan glukosa berlebihan dalam darah melalui air kencing, lalu buah pinggang menapis lebih banyak air. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh:

– Kehamilan
– Penyakit buah pinggang
– Paras kalsium tinggi (hiperkalsemia)
– Masalah tiroid atau pengambilan ubat tertentu

3. Selalu Lapar (Polifagia)

Rasa lapar yang luar biasa dan berterusan walaupun selepas makan juga boleh menjadi petanda gula darah anda tidak stabil. Dalam kes diabetes, glukosa gagal memasuki sel untuk dijadikan tenaga kerana insulin tidak mencukupi atau tubuh tidak bertindak balas terhadap insulin.

Hasilnya, badan berasa seperti tidak mendapat tenaga langsung, lalu mencetuskan rasa lapar yang luar biasa.  Selain diabetes, polifagia juga boleh berpunca daripada:

– Tekanan dan gangguan emosi
– Sindrom prahaid (PMS)
– Tiroid yang terlalu aktif
– Pengambilan ubat tertentu

Bila Perlu Jumpa Doktor?

tanda awal diabetes

Foto: freepik

1. Kerap rasa haus atau lapar walaupun cukup makan dan minum.

2. Selalu buang air kecil, terutama waktu malam.

3. Turun berat badan secara mendadak tanpa sebab.

4. Rasa lesu atau tidak bertenaga.

*Ingat, diagnosis awal boleh membantu anda mengawal diabetes sebelum ia membawa komplikasi yang lebih serius!

Baca juga: Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi Menggunung? Makan 10 Benda Ini Untuk Kawal

Sumber: Healthline, Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×