Euforia Bola 2026
Sihat

2 Dekad Lelaki Ini Minum Air Manis, Kini Sehari WAJIB Telan 7 Pil & Ada Peluang Mati Andai Terlupa!

air manis

Seperti namanya, air manis mempunyai rasa sedap yang boleh membuatkan diri ketagih. Namun, kekerapan minum air manis tanpa had boleh menyebabkan kesihatan terjejas.

Perkara ini bukanlah boleh dipandang enteng kerana tabiat tersebut boleh menyebabkan peluang untuk hidup lama adalah tipis!

Baca juga: Peniaga Bazar Ramadan Kena Jaga 13 Info Kendali Makanan Ini, Elak Pembeli Sakit Perut

PADAH KERAP MINUM AIR MANIS

air manis

Gambar: Freepik

Sebagaimana perkongsian seorang individu ini yang dikenali sebagai Ui Lim Cheah di Facebook.

Dia mendedahkan tabiatnya dari zaman muda yang kerap minum air manis tanpa air putih, menyebabkan di usia 40an kehidupannya perlu bergantung ubat pada setiap hari.

Andai sehari terlupa makan 7 pil, dirinya akan ada 3% peluang untuk mati. Ikuti kisah selanjutnya di bawah, semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar kepada masyarakat di luar sana.

Awal 20-40an kerap minum air manis, tak ada langsung air kosong

Air manis.

Sejak umur muda, dari awal 20an hingga 40an, saya minum air manis sahaja. Coke, Sarsi, Sprite dan 100 plus dalam botol 1.5 liter yang sentiasa mengiringi aku.

Hingga tepi katil saya pun sentiasa ada. Pagi-pagi saja, buka mata saja, dah minum air manis. Pergi makan pun minum manis.

Dalam kereta pun air manis. Sebelum tidur…air manis juga. Sebab itu tepi katil sentiasa ada botol minuman karbonat.

Saya langsung tak minum air kosong, 0%. Ya…masa itu juga ada orang tegur jangan minum banyak air manis.

Tapikan…waktu muda itu, saya banyak main sukan. 3-4 jam satu hari, sekurang-kurangnya 5 hari satu minggu.

Saya fikir, apalah orang itu tahu. Saya aktif. Perlukan gula itu. Saya lain.

Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!

Umur 40an urat jantung tersumbat & ada kencing manis!

Hinggalah pada umur 40an, kena pergi buat angio (angiogram). Urat jantung tersumbat.

Dianggarkan, masa saya umur 30an, saya sudah pun menghidapi penyakit kencing manis. Hanya saya tidak tahu (ataupun tidak mahu tahu).

Kalau orang yang tegur berpengalaman dan banyak pengetahuan, maknanya dia bimbang dan risau tentang kita. Kalau kita nak ambil hati sebab teguran itu, hadaplah akibatnya satu hari nanti. Itu sahaja.

Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!

Wajib makan 7 pil setiap hari, 3% peluang akan mati jika lupa

Sekarang ini, saya makan 7 pil setiap hari. Setiap kali saya lupa, ada 3% peluang saya akan mati. Masih ada juga hari yang saya lupa. Nasib baik saja saya tidak mati.

Tapi kan….kalau saya ada peluang kembali pada masa saya umur 20an, tentunya saya tukar cara hidup saya. Lebih bagus minum air kosong dari dulu, daripada makan 7 pil setiap hari sekarang.

Tapi itu sayalah. Kamu mungkin lain. Kamu mungkin kebal. Hampir sama bunyinya dengan bebal.

Baca juga: Disangka Kembung Perut Biasa, Lelaki Ini Tak Duga Dirinya Kini Hidap Kanser Usus Tahap Dua!

Sumber: Ui Lim Cheah

FT Image: rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×