Euforia Bola 2026
Percutian

3 Kanak-Kanak Cedera, Pemandu Diserang Sawan Rempuh Orang Ramai Di Pasar Kea Farm!

pasar kea farm

Pasar Kea Farm yang biasanya dipenuhi pelancong dan pengunjung tempatan bertukar kecoh apabila sebuah kereta merempuh empat pejalan kaki di Kilometer 68 Jalan Kea Farm-Brinchang, Cameron Highlands, pada 12 tengah hari Ahad.

Dalam kejadian yang mengejutkan itu, tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 2, 8 dan 10 tahun.

Baca juga: Pergilah Melancong Ke Mana Pun Tapi Jangan Tinggal 11 Barang Ini, Masa Solat Rasa Yakin

KEMALANGAN DI PASAR KEA FARM, 3 BUDAK CEDERA

pasar kea farm

Facebook Group Informasi Cameron Highlands

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun tiba-tiba terbabas ke bahu kiri jalan.

Lalu, melanggar orang ramai yang berada di pejalan kaki di hadapan sebuah gerai di kawasan tumpuan pelancong tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu berkenaan diserang penyakit sawan ketika memandu, menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Baca juga: 5 Tempat ‘Shopping’ TERMURAH Di Malaysia, Harga Kaw Kaw & Pelancong Wajib Singgah!

pasar kea farm

Facebook Group Informasi Cameron Highlands

Seorang lelaki dewasa berusia 24 tahun turut mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk mendapatkan rawatan, namun kesemua mereka disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Pihak polis turut mengesahkan bahawa pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mempunyai rekod penyakit sawan yang sedia ada.

Selain itu, pemandu kereta tidak mempunyai rekod saman, bebas pengaruh dadah dan tidak mabuk.

“Pihak polis telah mengeluarkan saman ke atas pemandu kereta,” katanya.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di tempat awam dan pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Pas OKU SMILE Buat Anaknya, ‘Travel’ Percuma Semua Pengangkutan Awam!

Sumber: Buletin TV3 / Kosmo

FT Image: Facebook Group Informasi Cameron Highlands

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×