Euforia Bola 2026
Famili

“Pergi Sihat, Kini Koma Di Vietnam” – Isteri Diserang Sawan, Suami Rayu Doa Untuk Bawa Pulang Ke Malaysia

diserang sawan

Tidak ada siapa mampu menjangka bahawa percutian ke Vietnam akan berakhir dengan situasi kritikal apabila seorang wanita warga Malaysia diserang sawan secara mengejut yang menyebabkan dia kini koma.

Pasangan tersebut, Mohd Jamri Herry, 40, dan isterinya, Rohana Joseph, 34, pada awalnya ke Ho Chi Minh City untuk bercuti seperti dirancang. Namun siapa sangka, detik yang sepatutnya menjadi hari pulang ke Malaysia bertukar menjadi saat cemas yang tidak dijangka.

Baca juga: Tak Naik Flight, Pemuda Ini Kongsi Itinerari Mengujakan Travel KL Ke Tanjung Priok Guna ETS, Feri & Kapal Laut

ISTERI DISERANG SAWAN & KINI KOMA KETIKA BERCUTI DI VIETNAM

diserang sawan

Gambar ihsan Mohd Jamri Herry: Foto kenangan Mohd Jamri Herry dan Rohana Joseph ketika bercuti.

Sawan berlaku sebelum waktu subuh

Menurut Mohd Jamri, isterinya sebelum ini berada dalam keadaan sihat sepanjang percutian tanpa menunjukkan sebarang tanda awal masalah kesihatan. Namun segalanya berubah secara tiba-tiba pada hari mereka sepatutnya pulang.

“Saya dan isteri ke Vietnam untuk bercuti bermula 16 hingga 21 April lalu. Ikutkan ia adalah trip percutian isteri dan rakannya, tetapi dia ajak saya ikut bersama,” katanya kepada Harian Metro

Mohd Jamri berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi sebelum waktu Subuh, ketika mereka sedang bersiap untuk pulang ke tanah air.

“Sepanjang tempoh percutian, isteri sihat dan tak tunjukkan tanda akan sakit atau mengadu sakit kepala. Namun, dia diserang sawan pada hari kami nak balik ke Malaysia,” katanya lagi.

Perancangan untuk ke lapangan terbang pada 8 pagi ekoran tiket penerbangan jam 1 tengah hari, terpaksa dibatalkan apabila Rohana dikejarkan ke hospital.

Baca juga: Elak Panik & ‘Mabuk’ Di Lebuh Raya, Sediakan 8 Kit Ubat Ini Sebelum Bertolak Pulang Ke Kampung!

Rohana kini koma di ICU hospital Vietnam

Selepas kejadian itu, Rohana dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nhan Dan Gia Dinh di Vietnam dan masih tidak sedarkan diri sehingga kini, walaupun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagi Mohd Jamri, situasi itu adalah ujian yang tidak pernah dijangka, apatah lagi berlaku ketika mereka berada jauh dari keluarga dan sistem sokongan di tanah air.

“Mungkin Allah SWT sudah takdirkan saya ikut sama untuk ada dengan isteri waktu dia memerlukan,” katanya.

Lebih mencabar, Mohd Jamri yang bekerja di Majlis Sukan Negeri Sabah kini perlu berdepan tekanan kewangan kerana kos rawatan di luar negara yang semakin meningkat.

diserang sawan

Dia juga hanya dibenarkan melawat isterinya sekali sehari dalam tempoh masa yang terhad.

“Saya tak boleh menemani isteri setiap masa kerana waktu melawat jam 6 petang hingga 7 malam saja. Itu pun kena masuk wad macam biasa tapi kena pakai pelitup muka. Berat ujian ini tapi saya kena kuatkan mental dan cuba untuk reda.

“Buat masa ini, saya tiada maklumat berapa jumpa bil hospital perlu dibayar kerana hanya akan tahu selepas dibenarkan keluar nanti. Namun, semakin lama di sini, bil akan lebih tinggi memandangkan isteri bukan orang tempatan,” luahnya lagi.

Baca juga: Ini Senarai Resort & Hotel Ada Sijil Halal JAKIM Di Wilayah Utara Malaysia, Nak ‘Book’ Bufet Ramadan Tak Risau!

Hasrat bawa pulang isteri ke Malaysia untuk sambung rawatan

Mohd Jamri berkata, pihak hospital tiada halangan untuk membenarkan isterinya dibawa pulang ke tanah air.

“Cuma saya sebagai suami dan waris terdekat kena tanggung risikonya. Saya sedia dengan segala kemungkinan asalkan isteri dibawa pulang ke tanah air bagi meneruskan rawatan di sana. Minta jasa baik orang ramai untuk mendoakan isteri saya supaya kembali sembuh,” katanya.

Sementara itu, dua anak pasangan itu yang berusia empat dan tujuh tahun kini dijaga oleh ahli keluarga terdekat di tanah air.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB bernombor 7079522163 atas nama Mohd Jamri Herry.

Sumber: Harian Metro

FT Image: Mohd Jamri Herry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×