Euforia Bola 2026
Asuh

Bayi Sawan Tiba-Tiba, Ibu Menangis Bawa Kereta, Pemandu Lain Tak Bagi Laluan Walaupun Double Signal!

bayi sawan

Tiada yang lebih menakutkan bagi seorang ibu selain melihat bayi sawan di depan mata. Panik, cemas dan hati hancur bercampur-baur apabila nyawa anak seolah-olah berada di hujung tanduk.

Itulah apa yang dilalui oleh seorang wanita di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini yang benar-benar menguji kesabaran serta emosinya apabila anak mengalami sawan secara tiba-tiba!

Baca juga: Anak 3 Tahun Montel Disangka Sihat, Rupanya Hidap Diabetes..Mak Ayah Setiap Hari Bekal Nuget & Sosej Pada Pengasuh

BAYI SAWAN SECARA TIBA-TIBA, IBU MEMANDU KECEMASAN TAPI ORANG TAK BAGI LALUAN!

bayi sawan

Foto: freepik

Dalam perkongsiannya di laman Threads, wanita itu mendedahkan detik cemas ketika anaknya mengalami sawan. Panik dengan keadaan tersebut, dia segera memandu ke hospital sambil menghidupkan lampu isyarat kecemasan (hazard light), malah turut melambai kain putih sebagai tanda kecemasan.

Namun, apa yang mengecewakannya, tiada seorang pun pengguna jalan raya yang memberi laluan dan memahami mesej yang cuba disampaikan.

“Aku emergency tadi. Dah pakai double signal, keluarkan kain putih sambil memandu. Tapi seorang pun tak bagi kerjasama. Aku bawa kereta sambil menangis, anak aku dekat sebelah dah tak bermaya. Korang langsung tak ada sifat simpati nak bagi aku laluan,” luahnya dengan nada kecewa.

Wanita itu turut menambah bahawa dia sudah membunyikan hon berkali-kali, namun tetap tidak dipedulikan. Malah, kerana terlalu cemas dan menggigil, dia hampir melanggar kenderaan lain.

Syukur, Anak Dah Terima Rawatan

bayi sawan

Foto: freepik

Syukur, dalam kemas kini terbaharu, wanita itu memaklumkan anaknya kini sudah menerima rawatan di hospital dan keadaannya semakin stabil.

Perkongsian tersebut mengundang rasa simpati ramai netizen yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat. Ada juga yang menegaskan bahawa situasi sebegitu sering disalah anggap kerana ada segelintir pemandu yang menyalahgunakan hazard light untuk kepentingan peribadi.

“Realitinya memang macam ni. Kadang orang ingat kita sengaja nak laju, sedangkan kita kecemasan..” tulis netizen.

“Mereka bukan kejam sis, tapi sebab ramai yang salah guna hazard light. Semoga anak awak cepat sembuh dan Allah lindungi awak sekeluarga,” tulis netizen lagi.

Insiden ini menjadi peringatan betapa pentingnya kepekaan serta sikap prihatin di jalan raya. Dalam keadaan kecemasan, memberi laluan walaupun hanya beberapa saat mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Sama-sama kita faham dan membantu!

Baca juga: Bayi 1 Tahun Disyaki Jadi Mangsa Serangan Seksual Lepas Balik Rumah Pengasuh, Lubang Alat Sulit Tak Normal!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×