Air zamzam yang sangat dihargai oleh umat Islam sebagai air yang diberkati, tidak dibenarkan dibawa pulang sendiri oleh jemaah haji Malaysia, sama ada melalui bagasi kabin, kargo pesawat, atau perkhidmatan pos.
Baca juga: Hukum Solat Hanya Baca Al-Fatihah Tanpa Surah Tambahan, Ada 2 Situasi Semua Wajib Tahu!
LARANGAN BAWA PULANG AIR ZAMZAM

Gambar hiasan AI.
Pengurus Khidmat Luar Lembaga Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, air zamzam juga tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia menggunakan perkhidmatan pos.
“Tidak boleh. Ini kerana air zamzam memang disediakan oleh pihak Tabung Haji dan hanya akan diagihkan sewaktu jemaah haji tiba di tanah air.
“Sebaik sahaja jemaah mendarat, mereka akan menerima lima liter air zamzam seorang. Penghantaran melalui pos juga tidak dibenarkan kerana air zamzam adalah barang kawalan dan ia tidak boleh dijual beli atau diniagakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Abraj Al Janadriyah di sini.
Baca juga: Wanita Ini Bongkar 6 Jenis Penipuan (Scam) Di Tanah Suci, Jemaah Kena Hati-Hati Tau!
Baca juga: Al-Quran Bukan Sekadar Kitab Ibadah, Ada 10 Surah Terakhir Ubat Hati Luka & Jiwa Hilang Arah
Mohamad Zamry menjelaskan bahawa air zamzam merupakan hadiah daripada kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia dan pengagihannya dilakukan secara percuma.
“Larangan membawa pulang air zamzam adalah peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan kita perlu mematuhinya.
“Tahun lalu, terdapat jemaah yang cuba menghantar air zamzam dengan memasukkannya ke dalam botol kecil dan meletakkannya dalam kotak untuk dipos.
“Namun, barangan itu dikesan di lapangan terbang, dikeluarkan dan tidak sampai ke Malaysia. Saya nasihatkan jemaah haji supaya tidak melanggar peraturan ini,” tegas beliau.
Baca juga: Badal Haji Bukan ‘Bedal Haji’, Jangan Buat Main Dengan Amanah Orang Mati, Awas Penipuan Ini!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: AI
