Euforia Bola 2026
Nur

6 Persediaan Bakal Jemaah Haji Perlu Buat Untuk ‘Fit’, Pak Cik Mak Cik Dah Kena Mula Sekarang!

bakal jemaah hati

Menunaikan haji bukan sahaja soal rohani, tetapi juga memerlukan bakal jemaah haji bersedia dari segi fizikal dan mental. Setiap hari di Tanah Suci memerlukan banyak berjalan, kadang-kadang 10,000 hingga 20,000 langkah sehari.

Bayangkan perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram, tawaf, saie, naik turun tangga, berdiri lama sewaktu wukuf dan menunggu giliran dalam lautan manusia.

Baca juga: Hukum Bayar Mas Kahwin Secara Hutang, Isteri Boleh Tolak Hubungan Kelamin?

PERSEDIAAN UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI

bakal jemaah hati

Disebabkan itu, Tabung Haji kini lebih tegas. Jika BMI melebihi 37.5 atau HbA1c (paras gula dalam darah) lebih 10%, permohonan boleh ditangguh. Langkah ini bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah dengan selamat dan selesa.

Berikut adalah 6 tip persediaan yang boleh dilakukan dari sekarang:

1. Turunkan berat badan

  • Kurangkan pengambilan nasi dan makanan tinggi kalori.
  • Lebihkan sayur, buah dan protein sihat.
  • Sasarkan penurunan berat secara berperingkat supaya badan lebih ringan dan mudah bergerak.

2. Kawal penyakit kronik

  • Pastikan tekanan darah dan gula dalam darah terkawal.
  • Ambil ubat secara konsisten mengikut nasihat doktor.
  • Lakukan pemeriksaan berkala untuk pantau keadaan kesihatan.

3. Jaga pemakanan

  • Kurangkan makanan bergula, bergoreng, dan tinggi garam.
  • Minum air kosong secukupnya setiap hari untuk kekalkan hidrasi.
  • Pilih makanan mudah cerna supaya tenaga cukup untuk aktiviti harian haji.

Baca juga: Jemaah Lelaki Boleh Ke Tanggal Kain Ihram & Pakai Tuala Untuk Buang Air? Mutawif Beri Jawapan

4. Latih stamina

  • Biasakan berjalan di kawasan berbukit atau bertangga.
  • Mulakan dengan berjalan ke surau, pasar atau taman setiap hari.
  • Latihan ini membantu tubuh lebih kuat untuk menunaikan tawaf, saie dan wukuf.

5. Jumpa doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlepas

  • Dapatkan nasihat tentang vaksin dan ubat rutin.
  • Periksa tahap kecergasan dan kondisi jantung.
  • Doktor boleh memberi panduan khusus mengikut keperluan individu.

6. Berhenti merokok

  • Mekah dan Madinah adalah bandar bebas asap rokok.
  • Berhenti merokok lebih awal bantu stamina dan pernafasan semasa menunaikan ibadah.
  • Badan lebih sihat, mudah menahan aktiviti fizikal yang padat.

Haji bukan sekadar soal mampu bayar, tetapi soal mampu bertahan, berjalan, dan beribadah sepenuh hati. Mulakan persediaan dari sekarang supaya bila tiba masa dijemput ke Tanah Suci, badan dan jiwa sudah benar-benar bersedia untuk menunaikan ibadah dengan selesa dan lancar.

Baca juga: Tular Wanita Baca Doa Nabi Yunus Pada Bekas Suami Ketika Azan, Ini 4 Doa Lain Untuk Orang Dizalimi

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: AFP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×