Dalam era digital yang serba pantas ini, WhatsApp bukan sekadar alat perhubungan komunikasi, ia juga menjadi sasaran utama scammer yang licik. Menerusi nombor telefon sahaja, penipu boleh menyamar, menghantar mesej palsu, atau cuba mendapatkan maklumat peribadi anda. Jadi, inilah masanya untuk anda tahu cara check scammer dan sekat mereka dengan cepat!
Ramai pengguna WhatsApp masih belum tahu cara-cara untuk mengurangkan risiko scammer atau penipu masuk melalui WhatsApp. Berikut adalah beberapa langkah berkesan dan praktikal untuk menyekat scammer.
Baca juga: Cara Buat Duit Online Guna Touch N Go, Duit Masuk Tanpa Perlu Buat Apa-Apa Pun!
CARA CHECK SCAMMER DAN SEKAT DI WHATSAPP

1. Aktifkan Pengesahan Dua Faktor (Two-Step Verification)
Ini langkah paling penting untuk elakkan akaun anda digodam.
Caranya:
– Buka WhatsApp
– Pergi ke Tetapan (Settings) > Privasi (Privacy) > Two-step verification
– Aktifkan dan tetapkan PIN 6-digit
– Jika scammer dapat akses nombor anda, mereka tidak boleh ambil alih akaun tanpa PIN ini.
Selain itu:
– Pergi ke Tetapan (Settings) > Privasi (Privacy)
– Tekan “Advance’ dan pastikan kesemua butang yang ada sudah bertukar hijau.
2. Tetapkan Privasi kepada “Kontak Saya” (My Contacts) Sahaja
Kurangkan pendedahan kepada orang asing:
– Foto profil, Status, About, dan Last Seen → Tukar kepada “My Contacts” sahaja:
– Settings > Privacy > Profile photo / About / Status > Pilih “My Contacts”
3. Jangan Tekan Link Mencurigakan dalam WhatsApp
Scammer akan hantar pautan palsu (contoh: kononnya menang hadiah, parcel tertunda, dll.)
Langkah penting: Jangan klik. Blok dan laporkan nombor tersebut: Tekan nombor > Scroll ke bawah > Tekan Report dan Block
4. Gunakan Ciri “Silence Unknown Callers” (Senyapkan Panggilan Tidak Dikenali)
Ini untuk elakkan scam panggilan suara/video dari nombor tak dikenali:
– Settings > Privacy > Calls > Turn on Silence unknown callers
5. Pastikan Akaun Tidak Dibiarkan Melalui WhatsApp Web
Scammer boleh intip mesej melalui web jika mereka berjaya log masuk tanpa anda sedar.
Semak WhatsApp Web yang aktif: Settings > Linked Devices dan logout dari mana-mana peranti yang tidak dikenali
6. Jangan Kongsi Kod Pengesahan OTP
Scammer sering menyamar sebagai “rakan” atau “wakil syarikat” dan minta anda beri 6-digit OTP.
Ingat: Jangan kongsi kod OTP walau kepada sesiapa pun.
7. Gunakan Versi WhatsApp Terkini
Pastikan aplikasi sentiasa dikemas kini untuk mendapat ciri keselamatan terbaru.
Apa Perlu Buat Jika Sudah Kena Scam?
1. Lapor ke WhatsApp: Buka chat scammer > tekan tiga titik > Report
2. Blok nombor tersebut
3. Tukar PIN two-step verification segera
4. Maklumkan kepada pihak bank jika melibatkan transaksi kewangan
5. Buat laporan ke CCID (Polis Komersial Malaysia) melalui https://semakmule.rmp.gov.my

*Semoga bermanfaat!
Baca juga: Kejam! Anak Kucing Mati Dianiaya Tiga Kanak-Kanak, Diseret & Dibiarkan Dalam Bekas Tertutup
Sumber: Mohd Hairi Nonchi
