Dalam dunia digital hari ini, perkenalan atau mencari jodoh secara dalam talian semakin menjadi kebiasaan. Namun, di sebalik kemudahan ini, ada juga bahaya yang perlu diambil serius kerana anda berpotensi untuk jadi mangsa scam!
Wanita khususnya, sering menjadi sasaran lebih-lebih lagi jika mereka bekerjaya, berdikari, dan mempunyai pendapatan stabil. Scammer biasanya akan menggunakan pelbagai taktik untuk meraih kepercayaan mangsa sebelum memulakan modus operandi mereka sama ada dengan cerita sedih, janji cinta palsu, atau pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Baca juga: 7 Aplikasi ‘Dating’ Yang Popular & Percuma Di Malaysia, Yang Solo Boleh Mulakan Langkah Sekarang!
ELAK JADI MANGSA SCAM SEMASA PERKENALAN ONLINE, BUAT MACAM INI

Oleh itu, berikut adalah beberapa langkah mudah tapi penting untuk melindungi diri daripada ditipu oleh scammer dalam talian:
1. Ambil Tangkapan Skrin (Screenshot) Gambar Mereka
Jika seseorang yang anda baru kenali menghantar gambar peribadi atau menggunakan gambar profil yang menarik perhatian anda, jangan terus percaya. Ambil tangkapan skrin gambar tersebut sebagai bahan bukti dan untuk tujuan semakan.
2. Gunakan Google Lens
Buka aplikasi pelayar seperti Safari atau Chrome, dan cari “Google Lens”, atau muat turun aplikasinya dari App Store atau Google Play.
3. Lakukan Carian Imej Terbalik (Reverse Image Search)
Muat naik gambar yang telah anda simpan ke dalam Google Lens. Sistem ini akan membuat carian imej dan memaparkan semua laman web atau profil yang pernah menggunakan gambar tersebut. Jika gambar itu muncul di banyak laman yang berbeza dengan identiti berbeza, besar kemungkinan ia adalah gambar curi dan ini satu petanda jelas bahawa individu tersebut mungkin scammer!

*Ingatlah, penipuan dalam talian tidak mengenal jantina atau status. Jangan terlalu cepat percaya, dan sentiasa utamakan keselamatan diri ketika berinteraksi secara digital.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
Sumber: Thread @aliawatialsagoff
