Euforia Bola 2026
Famili

Gunakan Arwah Sebagai Umpan! Wanita Dedah Cara Licik & Jijik Scammer Konon Nak Kutip Hutang

sindiket penipuan online

Seorang wanita berkongsi pengalaman memilukan apabila menjadi sasaran sindiket penipuan online (scam) yang menggunakan nama arwah suaminya sebagai umpan untuk mendapatkan wang.

Menerusi perkongsian di akaun Threads, wanita itu memuat naik beberapa tangkap layar perbualannya dengan seorang individu tidak dikenali yang mendakwa sebagai rakan universiti arwah suaminya. Bahaya!

Baca juga: Sebelum Duit ‘Lesap’, Ini Cara Semak Nombor Akaun & Telefon Scammer Guna ‘Semak Mule PDRM’

SINDIKET PENIPUAN ONLINE GUNA TAKTIK KONONNYA KUTIP HUTANG ORANG YANG DAH MATI

sindiket penipuan online

Menurut wanita berkenaan, individu tersebut mendakwa arwah suaminya mempunyai hutang tertunggak yang perlu diselesaikan segera, dan dia diminta melangsaikannya bagi pihak suami.

Namun, apabila wanita itu menyatakan hasrat untuk menyemak kesahihan tuntutan hutang tersebut, sikap individu berkenaan tiba-tiba berubah daripada lembut bertanya, kepada kasar dan mengeluarkan kata-kata ugutan serta makian terhadap dirinya dan arwah suami.

“Scammer alert! Kutuk aku boleh, tapi kutuk arwah suami aku, kau siap! Gunakan arwah sebagai alasan, siap maki hamun pula. Tularkan, ini nombor yang scammer itu guna,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Wanita itu berkata, dia mula berasa curiga apabila individu berkenaan enggan menunjukkan sebarang bukti transaksi atau penyata bank yang kononnya berkaitan dengan hutang tersebut. Oleh itu, hasil semakan lanjut melalui aplikasi pengesahan nombor telefon dalam talian mendapati, nombor yang digunakan scammer itu telah dilaporkan ramai pengguna lain atas kes penipuan serupa.

Lebih mengejutkan, sindiket tersebut dipercayai aktif menggunakan nama individu yang sudah meninggal dunia untuk memperdaya ahli keluarga mereka bagi mendapatkan wang dengan alasan ‘hutang tertunggak’.

Wanita berkenaan meluahkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan itu, serta menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dengan helah seumpama ini.

“Moga Allah Ya Jabbar melaknat orang yang sanggup buat kerja keji macam ini,” ujarnya.

sindiket penipuan online

Kes ini menjadi satu lagi peringatan agar masyarakat tidak mudah percaya dengan mesej mendakwa kononnya waris mempunyai hutang, terutama jika datang daripada individu tidak dikenali atau tanpa sebarang bukti sahih. Pastikan anda semak dahulu atau beritahu kepada teman rapat supaya ada saksi.

Baca juga: MyKad Dah Lebih 10 Tahun & Rosak? Jangan Panik, Ini Cara Perbaharui Secara Online & ‘Confirm’ Dapat Bantuan

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×