Dalam dunia serba moden ini, kisah suami curang isteri setia bukan lagi asing, tetapi ia tetap menghiris hati sesiapa yang membacanya.
“Ala sedihnya tengok akak ini.” Demikian luahan warga maya selepas membaca kisah pilu seorang wanita yang rajin menyediakan bento untuk suami dan anak-anak, namun akhirnya dikhianati juga.
SUAMI CURANG ISTERI SETIA

Wanita ini bukan calang-calang orangnya. Dia dikenali kerana sering berkongsi video penyediaan bento atau bekal makanan yang comel dan menyelerakan untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang.
Malah, dalam keadaan masih dalam tempoh berpantang selepas bersalin enam bulan lalu, dia masih rajin mengurus rumah, menjaga anak-anak dan menunaikan tanggungjawab sebagai isteri yang baik.
Namun, realiti pahit terpaksa ditelan. Suami yang dicurahkan kasih sayang dan dilayan sepenuh hati akhirnya berlaku curang.
Menurut pencerita di Facebook Alyn Hj Ali yang mendapat 2 ribu perkongsian hantarannya itu, wanita tersebut memilih untuk berpindah rumah bersama tiga anaknya yang menandakan titik noktah kepada perkahwinan yang pernah indah suatu masa dahulu.
Baca juga: Isteri Obses Hidu Nafas Suami Wangi Macam Bayi Bila Bangun Tidur, Bikin Orang Lain Cemburu!
Sementara itu, melihat hantaran asal video tersebut di laman TikTok, kapsyen wanita tersebut sungguh meruntun hati, “No more husbento. Kidsbento sahaja selepas ini.”
Manakala, warga maya di ruangan komen video dibanjiri dengan rasa simpati kepada wanita itu dan kesal terhadap sikap suaminya yang curang dan tidak tahu bersyukur.
“Sis, saya mengikuti awak sebab suka tengok siri husbento. Apa masalah lelaki ini ya, Ya Allah…Stay strong sis!
“Akak, saya mengikuti akak dari Instagram Suri Stitch lagi. Ini baru tengok akaun TikTok akak. Semoga Allah sentiasa kuatkan semangat akak.
“Di mana ayat ‘ikat suami dgn air tangan isteri’ , di mana manaaa!
“Sediakan bekal untuk suami dah cukup sweet pun kena sondoL, Ya Allah sedihnya.
“Nampak tak Ladies. Ini bukan sekadar paket sos tolong buka ya, ini sediakan bekal bento lagi, siap lahirkan 3 anak tapi tetap tidak dihargai oleh suami. Saya doakan sis dan anak-anak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Fly high mama, you are beautiful and worthy,” komen warga maya.
Baca juga: “Isteri Marah Nak Peluk, Bukan Talak” Aliff Syukri Bagi Nasihat Rumah Tangga, Ramai Yang Setuju!
Kisah ini mencetuskan persoalan besar:
- Kenapa masih berlaku kecurangan meskipun sudah memiliki isteri yang serba boleh?
- Adakah benar kata-kata orang dahulu bahawa air tangan isteri mampu “mengikat suami”?
- Atau zaman kini memerlukan lebih dari sekadar pengorbanan seorang wanita?
Apa pun jawapannya, satu hal pasti, wanita seperti ini tidak kalah. Dia adalah simbol ketabahan dan kekuatan. Buat para isteri yang pernah terluka, kisah ini mungkin pahit tapi juga menjadi inspirasi untuk terus bangkit.
Sumber: Facebook Alyn Hj Ali / TikTok suri.diary
FT Image: TikTok suri.diary
