Euforia Bola 2026
Famili

“Ingat Lafaz Taklik Dengan Allah..”- Diuji Isteri Hilang Ingatan & Penglihatan, Pengorbanan Cinta Suami Ini Runtun Hati

hilang ingatan

Di sebalik senyumannya yang tenang, Asdina Ariffin Suwadi dari Taman Bertam Impian, Melaka menyimpan sebuah kisah cinta yang sangat menyentuh hati apabila isterinya yang normal hilang ingatan dan penglihatan.

Kisah pasangan ini menarik perhatian ramai setelah dikongsikan oleh Asdina menerusi platform TikTok, yang bertujuan memberi inspirasi dan kekuatan kepada orang lain yang mungkin sedang melalui dugaan yang sama.

Baca juga: 21 Ciri-Ciri Lelaki Yang Boleh Dibuat Suami, Wahai Anak Gadis Sila Tapis Awal Sebelum Ijab Qabul

ISTERI HILANG INGATAN & PENGLIHATAN, PENGORBANAN SUAMI INI MERUNTUN HATI RAMAI

hilang ingatan

Foto: Asdina bersama isterinya Syamimi.

Segalanya berubah apabila isterinya, Noor Syamimi Rohim, disahkan menghidap penyakit tibi meningitis pada tahun 2022. Sejak itu, kehidupan pasangan ini tidak lagi sama kerana Syamimi bukan sahaja hilang daya penglihatan, malah turut kehilangan memori termasuk kenangan indah semasa berkahwin bersama suaminya. Namun, Asdina tidak pernah berputus asa.

Dengan penuh sabar dan kasih yang tidak berbelah bahagi, Asdina mengambil tanggungjawab menjaga isterinya sepenuh masa. Dia bukan sahaja mengurus keperluan harian Syamimi, malah membantu dalam proses pemulihan termasuk melakukan senaman dan fisioterapi bersama setiap hari.

Meskipun tidak mempunyai pengalaman menjaga orang sakit, lelaki berusia 32 tahun itu terus belajar demi wanita yang amat dicintainya.

Dalam satu temu ramah bersama stesen radio, Asdina menceritakan detik awal perubahan yang berlaku pada Syamimi pada Hari Raya Aidiladha 2018. Ketika berada di kampung halaman isterinya di Kodiang, Kedah, Syamimi tiba-tiba menjerit dan mengadu pening kepala sebelum keadaannya menjadi semakin lemah. Dia segera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, dan kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka apabila doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada otaknya.

SELEPAS JANGKITAN KUMAN OTAK, JANGKITAN DI DARAH PULA..

hilang ingatan

Menurut Asdina, doktor menawarkan dua pilihan sama ada membiarkan keadaan isterinya begitu atau menjalani pembedahan untuk membuang lebihan cecair di otak, namun dengan risiko 50-50. Beliau memilih pembedahan, dan sejak itu bermulalah cabaran yang lebih besar.

Selepas pembedahan kedua, penglihatan Syamimi mula kabur dan akhirnya hilang sepenuhnya. Kemudian, daya ingatannya turut terjejas. Asdina mengenang saat pilu apabila Syamimi tiba-tiba tidak mengenalinya selama beberapa hari selepas mereka keluar bersama. Pada hari kelima, Syamimi kembali mengingatinya dan meminta untuk pulang ke Kedah. Tidak lama selepas itu, Syamimi perlu menggunakan kerusi roda dan doktor mengesan jangkitan kuman dalam darahnya pula.

Dalam tempoh tiga minggu, dua pembedahan dilakukan pada kepala Syamimi bagi memasang tiub untuk menyalurkan cecair dari otak ke perut. Bermula dari saat itu, Syamimi kehilangan keupayaan fizikal dan ingatan jangka panjang. Dia bukan sahaja tidak mengingati hari perkahwinan mereka, malah tidak mengenali Asdina sebagai suaminya namun hanya keluarga terdekat sahaja yang masih dalam ingatannya.

Bagi Asdina, keadaan itu cukup menyakitkan. Dia pernah merasakan hidupnya gelap kerana insan yang selalu menjadi penguat semangat kini tidak mengenalinya. Syamimi sebelum ini sering mengingatkannya agar tidak bimbang apabila tiada pekerjaan, dan sentiasa berdoa agar rezeki mereka diluaskan. Namun, Asdina percaya setiap kali Syamimi menghabiskan bacaan al-Quran, rezekinya kembali bertambah.

“Ya ALLAH, saya rasakan seperti dunia ini sudah tiada kerana dia adalah orang yang memberikan semangat dan sokongan ketika saya jatuh.

“Apabila saya tiada job, dialah yang akan ada dengan saya. Apa yang dia selalu katakan, ‘suami, kalau awak tiada job, jangan risau. Saya akan baca al-Quran dan selepas saya khatam percayalah ALLAH akan berikan you rezeki’.

Syamimi pernah menyatakan bahawa sekiranya Asdina jatuh sakit, dia sanggup menjaganya. Namun hakikatnya, ujian berat itu menimpa Syamimi sendiri.

Ditanya apa lagi yang menjadi pegangan kuatnya ialah, lafaz taklik ketika pernikahan iaitu janji suci yang diucapkan bukan kepada manusia, tetapi kepada Allah. Baginya, walaupun isterinya kini seperti mengalami nyanyuk dan sering bertanya soalan yang sama, beliau tetap sabar dan setia kerana Syamimi tetap isterinya yang sah.

“Saya ada pegang satu benda iaitu lafaz taklik. Itu janji dengan ALLAH taala. Kita bukan berjanji dengan emak ayah atau adil-beradiknya, tetapi dengan ALLAH. Itu yang kita kena pegang,” ujarnya.

Asdina berharap agar suatu hari nanti, Syamimi akan pulih dan kembali mengingati segala kenangan yang mereka bina sejak mula berkenalan pada tahun 2017 dan dia juga memohon doa daripada orang ramai agar isterinya diberi kesembuhan.

@asdinaarffin Hilang semua memori perkahwinan kami … #fighter #wife #WAFT #motivasi #keepstrong #xybca #angel #bidadarisyurga #life #prayforsyamimi #keajaibanuntuksyamimi #husbandwife ♬ Broken Angel – Kamro

*Semoga suami ini terus cekal menjaga isteri tersayang dan didoakan supaya pulih seperti dahulu walaupun prosesnya sedikit demi sedikit..aamin!

Baca juga: Lelaki Sanggup Bayar RM6K Cuba Sembunyikan Skandal, Daftar Anak Luar Nikah Guna Nama Isteri!

Sumber: Tiktok @asdinaarffin, Sinar Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×