Euforia Bola 2026
Rakyat

10 Kluster Tibi Baharu Dikesan Di Tujuh Negeri, Johor Catat Kes Tertinggi!

kluster tibi

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melaporkan sebanyak 10 kluster tibi atau Tuberkulosis baharu dikesan di tujuh negeri setakat Sabtu lalu, dengan Johor mencatatkan kes tertinggi iaitu 37 kes.

Beliau berkata, kes di Johor melibatkan 29 kanak-kanak dan lapan dewasa dengan indeks kes daripada satu kluster melibatkan seorang wanita berusia 72 tahun di Kota Tinggi.

Baca juga: [TERKINI] SARA RM100 Dah Masuk, Ini 15 Kategori & Jenama Produk Diluluskan MyKasih 2026

10 KLUSTER TIBI BAHARU DIKESAN DI 7 NEGERI

kluster tibi

Gambar BERNAMA: Dr Dzulkefly Ahmad pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Menjelaskan situasi kluster tibi yang dikesan, Dzulkefly berkata daripada keseluruhan kes tersebut, sebanyak 36 kes dikenal pasti secara aktif hasil inisiatif pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turun ke lapangan bagi menjalankan ujian serta pengesanan kontak rapat.

“Daripada pengesanan kontak sehingga 7 Feb, kita telah mengenal pasti 903 kontak rapat yang telah menjalani saringan dengan sesiapa yang mempunyai simptom terus diberikan rawatan di fasiliti KKM.

“Semua kes dilaporkan telah dimulakan rawatan dan dipantau, iaitu rawatan pemerhatian langsung (DOTS) secara harian di fasiliti kesihatan terdekat,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dzulkefly menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai status terkini kluster tibi mengikut negeri, jumlah kes aktif yang masih dipantau serta langkah saringan dan kawalan khusus yang dilaksanakan bagi mencegah penularan penyakit itu.

Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

Jumlah kluster dan kes tibi mengikut negeri yang dikesan

Selain Johor, beliau berkata Selangor merekodkan kes tibi kedua tertinggi dengan 10 kes melibatkan empat kluster. Sabah pula mencatatkan lima kes daripada satu kluster, diikuti Pahang dengan empat kes dan satu kluster, manakala Kedah, Kelantan serta Perlis masing-masing merekodkan dua kes dan satu kluster.

Mengulas mengenai kaedah pengesanan kluster tibi, Dzulkefly berkata saringan simptom yang dijalankan KKM melibatkan tanda-tanda seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak serta pemeriksaan klinikal paru-paru.

Menjawab soalan tambahan mengenai keberkesanan imunisasi dalam menangani kes seperti tibi, beliau berkata imuniti kelompok melalui Program Imunisasi Kebangsaan menunjukkan hampir 99 peratus kanak-kanak telah menerima imunisasi.

“Bagi bayi daripada keseluruhan hampir 500,000 kelahiran yang didaftarkan setiap tahun, liputan (imunisasi) melindungi jangkitan tibi dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini memang menepati sasaran,” katanya.

Baca juga: [TERKINI] KPM Umum Pengambilan 20,000 Guru Baharu, Permohonan Dibuka 2 Mac Ini!

Sumber: BERNAMA

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×