Euforia Bola 2026
Famili

AirAsia & MAS Kemas Kini Format Nama Penumpang, Pastikan Isi Macam INI Bila Beli Tiket!

tiket penerbangan

Bagi anda yang ingin menempah tiket penerbangan menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia, pastikan mengikut format nama yang telah dikemas kini.

Difahamkan, tujuan kemas kini itu dilakukan untuk melancarkan proses tempahan terutamanya ketika daftar masuk penumpang.

Baca juga: Jiwa Tenang Bila Bawa Anak Bercuti Di 6 Lokasi Percutian Eco Friendly Ini, Poket Pun Tak ‘Koyak’!

MAS & AIRASIA KEMAS KINI FORMAT NAMA UNTUK TIKET PENERBANGAN

Bagi MAS, pelanggan wajib mengisi nama penuh mereka termasuk “Bin”, “Binti” dan “Anak” sperti yang tertera dalam pasport masing-masing.

Langkah ini diambil untuk mengelakkan kekeliruan atau masalah semasa proses daftar masuk, khususnya bagi penumpang yang menggunakan nama bergaya Barat dalam pasport Malaysia mereka.

Seperti contoh:

TIKET PENERBANGAN

Kredit: MAS Guideline

Kemas kini ini terpakai kepada mereka yang membuat tempahan baharu, manakala pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum ini tidak perlu risau.

AirAsia juga menggunakan format ‘Given Name’ dan ‘Family Name’ yang lebih jelas untuk semua tempahan tiket penerbangan. Ini bertujuan untuk menyesuaikan dengan pelbagai budaya penamaan seperti dari Malaysia, Cina, India, Filipina, Thailand dan Vietnam.

TIKET PENERBANGAN

Kredit: Airasia

Pengguna dinasihatkan agar mengisi nama mengikut dokumen rasmi seperti pasport atau kad pengenalan ketika membuat tempahan tiket penerbangan.

Dengan pengenalan format baharu ini, AirAsia dan MAS berusaha memastikan pengalaman daftar masuk lebih lancar dan selamat untuk semua penumpang.

Sekiranya berlaku kesilapan, penumpang disarankan segera menghubungi khidmat pelanggan untuk melakukan pembetulan.

Baca juga: Kadar Kelahiran Di Malaysia Terendah Dalam Sejarah! Berlaku Penurunan Sebanyak 11.5%

Sumber: Aviation Career Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×