Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Fatini Ismadi, dia ada kongsikan satu ‘trik’ untuk mendapatkan tiket penerbangan kelas business dengan harga lebih murah.
Menariknya, dengan menggunakan cara ini, Fatini berjaya jimat lebih 70% berbanding harga asal tiket penerbangan untuk kelas perniagaan.
CARA DAPAT TIKET PENERBANGAN KELAS BUSINESS JIMAT 70%

Ramai yang anggap penerbangan kelas perniagaan hanya untuk golongan berpoket tebal. Tapi sebenarnya, dengan strategi yang betul, anda boleh nikmati pengalaman mewah ini dengan harga yang jauh lebih murah malah saya sendiri dah jimat lebih 70% menggunakan cara ini sejak 2016, semasa ulang-alik bulanan dari Beijing ke Kuala Lumpur untuk kelas revision saham.
Berikut cara saya upgrade ke business class tanpa ‘sakit hati’ tengok harga:
1. Beli tiket penerbangan macam biasa
Beli tiket penerbangan kelas ekonomi dari laman web rasmi syarikat penerbangan.
Contoh: Kalau nak naik Malaysia Airlines, beli terus dari laman web MAS, bukan dari laman pihak ketiga. Ini penting untuk memastikan anda layak buat bidding upgrade nanti.
2. Seminggu sebelum penerbangan, masa untuk bidding
Taip di Google: “upgrade business class [nama syarikat penerbangan]”
Google akan tunjukkan pautan ke laman bidding rasmi syarikat penerbangan tersebut.
Contoh: Kalau Malaysia Airlines, anda akan dibawa ke halaman MHupgrade.
Tip penting:
– Bid dengan minimum amount sahaja. Kalau minimum $200 USD, saya letak $200 sahaja.
– Kalau berjaya, bayaran hanya akan ditolak dari kad kredit anda.
– Anda akan dapat naik kelas perniagaan dengan penjimatan besar berbanding beli terus!
Risiko:
– Kalau kerusi business class penuh, bid anda tak berjaya. Jangan risau tiada bayaran dikenakan. Anda masih terbang seperti biasa dalam kelas ekonomi.

3. Beli tiket penerbang dari pihak ketiga
Kalau beli tiket penerbangan dar pihak ketiga, biasanya tak boleh bid upgrade tetapi jangan risau, masih boleh upgrade semasa check-in!
Bila tiba di kaunter, tanya saja dengan sopan:
“Is there any possibility for me to upgrade to business class?”
Selalunya mereka akan tawarkan harga khas untuk upgrade yang jauh lebih murah daripada harga asal business class.
Selamat mencuba dan semoga berpeluang menikmati pengalaman terbang yang lebih selesa!
Baca juga: Awas! 7 Destinasi ‘Hot’ Ini Susah Nak Dapat Makanan Halal, Kena Hati-Hati Bila Datang
Sumber: Facebook
