Ramai dalam kalangan kita mungkin pernah tertanya-tanya, “adakah batal solat jika imam sebenarnya terlupa mandi wajib?” Persoalan ini sering menimbulkan kekeliruan, terutamanya apabila makmum tidak mengetahui keadaan sebenar imam semasa solat berjemaah.
Menurut penjelasan daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, isu seperti ini mempunyai hukum yang jelas dalam Islam. Mari sama-sama fahami dengan lebih mendalam apakah kesannya kepada solat berjemaah apabila imam berhadapan situasi seperti ini.
Baca juga: Telekung Cantik Tapi Guna Fabrik Nipis, Sah ke Solat Kita? Ini Hukumnya
IMAM LUPA MANDI WAJIB, MAKMUM BATAL SOLAT KE?
Menerusi perkongsian Ustaz Azhar di YouTube, adalah tidak batal sekiranya makmum tidak mengetahui kondisi imam ketika mereka sedang mendirikan solat.
Perjelas Ustaz Azhar secara terperinci, hanya imam yang perlu menggantikan solat apabila tersedar dirinya terlupa mandi hadas besar.
“Tak berdosa pun kalau imam terlupa mandi wajib sebab sifat manusia itu penuh dengan kelemahan.
“Selepas beri salam tiba-tiba teringat yang tak mandi wajib lagi, jangan bagitahu kepada makmum kerana pada hukumnya solat makmum menjadi sah.
“Ini kerana, kemudaratan yang dilakukan imam (terlupa mandi wajib) adalah satu kesalahan yang tak dapat dilihat.
“Imam sahaja solatnya yang tidak sah maka balik saja rumah, kena mandi wajib dan ganti solat semula,” jelas Ustaz Azhar Idrus dengan terperinci.
Baca juga: Perlu Ke Niat Qada Kalau Terlewat Bangun Subuh? Ini Penjelasan Ustaz Azhar
Sementara itu, perkongsian kariah Masjid Bandar Seri Putera di TikTok, juga memberikan penjelasan akan isu ini.
“Kalau imam ada buat salah tapi makmum tak tahu ataupun tak nampak, solat makmum tak batal.
“Tapi, kalau makmum tahu atau nampak tetapi makmum tetap ikut solat di belakang imam, barulah solatnya terbatal,” ujar mereka di dalam video berkenaan.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus / Masjid Bandar Seri Putera
FT Image: Google

